'Abang Long Fadhil' tekad untuk berubah Walaupun sering dipandang sinis orang ramai kerana wajahnya bertatu


Syukur, Alhamdulillah!

'Abang Long Fadhil' - apabila mendengar nama ini pasti anda akan terus terbayangkan watak yang dibawa oleh Zizan Razak dalam filem KL Gangster

Tetapi, tahukah anda ternyata sememangnya wujud 'Abang Long Fadhil' di dalam dunia realiti?

'Abang Long Fadhil' atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 merupakan seorang bekas gengster dari negara jiran, Singapura telah kembali ke jalan Allah SWT selepas mendapat mimpi hari kiamat.




Walaupun sering menerima pandangan sinis orang ramai apabila ke surau atau masjid kerana wajahnya yang bertatu, beliau tidak mempedulikan persepsi orang ramai mengenainya dan terus bertekad untuk berubah.

Kisahnya itu dikongsi di dalam sebuah video dan telah menjadi viral di laman Facebook setelah dimuatnaik di laman YouTube Ar-RahmanTV.

Beliau mula berubah apabila beliau mendapat sebuah mimpi mengenai hari kiamat pada tahun 2014

“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.

“Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati,” kata Fadhil.sinarharian.com.my

Selepas kejadian itu beliau mula solat jemaah di masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah

“Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu,” katanya lagi.




Abang Long Fadhil bersama Ustaz Azhar Idrus dan sahabat yang lain.Fadhil memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah

“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar... susah nak cakap.

“Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati... sayunya semacam,” katanya.sinarharian.com.my

Bercerita mengenai kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dibuat pada tubuhnya adalah semasa beliau berumur 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya

Beliau memberitahu, tatu pertama yang dibuat adalah pada tangan yang mana dibantu oleh rakan-rakannya.

Bahkan, beliau pertama kali dimasukkan ke penjara ketika berusia 12 tahun kerana memukul budak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu pergaduhan.




“Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ngeri dalam hidup saya,” katanya.sinarharian.com.my

Tambahnya lagi di dalam video tersebut, arak dan makan babi itu perkara biasa dalam hidupnya dan babi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng gangster di Singapura.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan babi dan arak setelah timbul perasaan geli terhadap kedua-dua benda haram itu.

Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya. Beliau memilih jalan baru di dalam hidupnya setelah sekian lama bergelumang dengan dosa. Semuanya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan ibu yang melahirkannya.




Sementara itu, ibu Fadhil dalam rakaman tersebut memberitahu meskipun anak lelakinya itu memilih jalan hitam namun beliau tidak ‘membuangnya’.

“Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyumpah seranah.

“Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang,” katanya mengalirkan air mata.sinarharian.com.my

Tonton video penuh wawancara beliau di bawah:

                       



Jalan Hidayah Buat 'Abang Long Fadil'...


Kejahatan berkait dengan naluri manusia. Mengenai libido yang mahukan kepuasan melalui cara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Kejahatan melahirkan penyangak. Apabila penyangak bergaul sesama penyangak, maka wujudlah gengster.

TV Alhijrah turut menyentuh isu gengster. Namun dalam medium dan persona yang tersendiri, sesuai dengan imejnya sebagai stesyen TV yang memimpin aturan isu berdasarkan perspektif Islam.

Gengster yang dibawa ke kaca TV Alhijrah ialah kisah Abang Long Fadil: Seorang samseng antara yang paling samseng di Singapura.



Abang Long Fadil mula merengkok di penjara pada usia 12 tahun. Dikurung kerana kesalahan menyerang dan mencederakan seorang remaja dengan menggunakan sebatang kayu.

Pada usia 12 tahun juga, Abang Long Fadil mencacah tatu pertama di tubuhnya. Akhirnya, seiring dengan sejarah gengsternya selama 15 tahun, tubuhnya dipenuhi tatu hingga merayap ke leher dan muka.

Anak Melayu Singapura ini bergelumang dalam keganasan. Malah, hampir mati apabila dibelasah dengan kayu dan parang oleh lapan musuhnya. Tubuhnya patah-riuk dan luka parah. Namun insiden itu tidak mengubah jalan hidupnya.

Kalau ambang maut pun tidak mampu menginsafkan seorang gengster, maka apa yang mengubah seorang jalan hidup lelaki berusia 29 tahun ini? Kalau berdepan dengan maut setelah dibelasah setengah mati pun, Abang Long Fadil masih berkeras hati, apakah detik ajaib yang mampu mengubah hidup lelaki samseng ini?

Jawapannya mudah. Abang Long Fadil diubah oleh hidayah Allah melalui mimpi. Hanya melalui mimpi lelaki samseng ini akhirnya tunduk pada keEsaan Allah.

“Saya mimpi digulung ombak besar lalu tersadai di pantai sendirian. Saya yakin ombak itu tanda kiamat. Sebulan selepas mimpi itu saya takut keluar rumah kerana bimbang dunia akan kiamat,” kata Abang Long Fadil.

Untuk menyaksikan secara terperinci kisah hidayah gengster paling gengster ini, saksikan program #PenghijrahanFenomena di TV Alhijrah pada Khamis 10 malam.

Isi hati dan warna-warni perjalanan mencari cinta Allah serta sejarah hitam dunia ganas Abang Long Fadil diceritakan secara empat mata kepada Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar. – MYNEWSHUB.CC


INILAH ABANG LONG FADIL SEBENAR !! yang di mainkan oleh Zizan Razak


Watak 'Abg Long Fadhil' yang di mainkan oleh Zizan Razak sebenarnya benar-benar wujud. Inilah dia wajah the real abg long fadhil, ex-gangster singapore yang telah bertaubat. MasyaAllah, mereka semalam dapat bersua muka & mendengar nasihat-nasihat agama dari UAI ketika program di penang.

MashaAllah TabarakAllah gangster pun memilih cara hidup islam, sesungguhnya hidayah itu sungguh paling berharga!.








Polis Temui 'Pistol Bersama 30 Butir Peluru' Di Kereta Pemain Bola Sepak JDT, Safee Sali

Polis Temui Pistol Bersama 30 Butir Peluru di Kereta Milik Safee Sali


KUALA LUMPUR: Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas,



Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari. Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya. "Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.


Pesanan Terakhir Buat Echa Dari Arwah Bakal Suami Sebelum Hari Majlis Perkahwinan


Pesanan Terakhir Buat Echa dari Arwah Bakal Suami Yang Meninggal Beberapa Hari Sebelum Majlis Perkahwinan

"Jangan risau, saya akan jadikan awak wanita terakhir dalam hidup saya." Begitulah kata-kata terakhir yang masih terngiang-ngiang diucapkan oleh bakal suaminya itu, Allahyarham Nor Helmee Roslan, 23, kepada bakal isterinya, Nur Khaiun Illyasha Musa, 23 yang lebih dikenali dengan nama Echa.

Jodoh di antara arwah dan Echa tidak kesampaian setelah bakal suaminya itu maut akibat kemalangan jalan raya di Singapura, 28 April lalu.
Keluarganya terpaksa menggantung kain rentang di rumahnya di Johor Bahru utnuk memaklumkan kepada para tetamu yang hadir bahawa majlis perkahwinannya tersebut yang dijadulakan pada hari semalam terpaksa dibatalkan kerana bakal suaminya telah kembali ke Rahmatullah
Keitka dihubungi oleh wartawan Harian Metro, Echa teringatkan kata-kata bakal suaminya itu.

"Dia selalu ingatkan saya supaya jadi kuat. Jika suatu hari dia tiada siapa yang akan memberi 'support' (sokongan) kepada saya dan tenangkan saya. Saya mesti kuat," katanya yang begitu sedih mengenangkan saat-saat indah hubungan cinta mereka yang telah terjalin selama dua tahun kini berakhir dengan kehilangan nyawa bakal suaminya itu.
Bila terkenangkan arwah, Echa berkata, dia hanya mampu untuk sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.



















"Apabila teringat barang hantaran kami seperti gelang, cincin pertunangan dan jam tangan yang dihadiahkan pada hadiah hari lahir saya terasa sangat sedih dan pilu. Saya hanya mampu sedekahkan al-Fatihah dan doa supaya dia tenang di sana.
"Walaupun saya nampak tabah, tetapi hati saya siapa yang tahu. Susah juga sebenarnya nak terima kenyataan namun saya harus reda," katanya.
"Ramai rupanya yang sayangkan dia dan turut memberi semangat kepada saya. Ramai orang sedekahkan al-Fatihah kepada dia." Setelah berita tersebut menjadi viral di facebook
Keluarga Echa berpendapat cara terbaik untuk memaklumkan berita sedih itu kepada para tetamu jemputan majlsi perkahwinannya adalah dengan menggantung kain rentang di hadapan rumahnya.
- hmetro


Aksi pakar bius 'bersetubuh' dengan pesakit dirakam CCTV


(Gambar) Aksi pakar bius ambil kesempatan 'bersetubuh' dengan pesakit dirakam CCTV


Seorang pakar bius dari hospital di bandar Xiamen, tenggara semenanjung Fujian, China telah membuatkan orang awam marah setelah beliau didapati bersalah mencabul seorang pesakit wanita ketika beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan polis, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wenwen, telah menjalani pembedahan di Hospital Kesihatan Wanita dan Anak di Xiamen pada 19 Mac yang lalu.

Pada pukul 6.50 petang pada hari yang sama ketika pembedahan telah pun selesai, pesakit dibiarkan dalam keadaan separa sedar selepas dibius sementara menanti kesan tersebut hilang.

Namun begitu, ketika menunggu kesan bius itu habis, seorang pakar bius yang dikenali sebagai Pan, 38 tahun, telah mengambil kesempatan dengan mencabul dirinya ketika di dalam separa sedar itu.

Selepas Wenwen tersedar dari kesan bius itu, beliau merasa ada yang tidak kena dengan tubuhnya lantas membuat laporan polis.





Perbuatan lelaki berusia 38 tahun itu terbongkar apabila aksi cabulnya telah berjaya dirakamkan di dalam CCTV hospital tersebut. Beliau dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencabul wanita secara paksa dan bakal merengkok dalam penjara selama dua tahun dua bulan.



Berani mati Tunjuk zakar dan ramas payudara atas motorsikal!!!...

  Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Polis memburu lelaki yang dipercayai gila seks selepas mengganggu dan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di hentian bas di Jalan Air Panas, Setapak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11.44 pagi itu, suspek yang menaiki motosikal duduk di sebelah mangsa sebelum membuka zip seluar sambil menunjukkan kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sariff berkata, wanita yang berusia 29 tahun itu cuba melarikan diri namun suspek terlebih dulu memegang payudara mangsa.

“Mangsa dikejar suspek menyebabkan dia menjerit meminta tolong daripada seorang rakan yang kebetulan berada di situ.

“Suspek bagaimanapun melarikan diri, namun terlanggar motosikal lain dan terjatuh. Dia melepaskan diri dengan meninggalkan motosikalnya di situ,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian itu, ada dua lagi wanita yang terkejut dengan tindakan suspek dan melarikan diri.

“Susulan kejadian itu, mangsa mengambil kunci motosikal suspek dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu dimiliki seorang wanita yang mendakwa kenderaan itu digunakan pekerjanya,” katanya.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan kes kejadian mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Gara-Gara AYAH 'Merajuk' Anak Mencari Hingga Ke IPOH


Merajuk AYAH Hingga Ke IPOH...

Assalamualaikum.. Pada sahabat.. Minta tolong bantu anak ini dlm perjalanan pulang dr ipoh ke skudai..


Beliau memulakan perjalanan dari ahad lepas dr sekudai ke ipoh, Utk misi mencari ayah kandungnya.. Tapi x dpt jumpa ayah dia.. Hajat x kesampaian.. 


Merajuk katanya dgn ibu beliau.. Namanya mohamad Faizal Bin Abdullah Radi.. Bersekolah di sek agama sg tiram johor. 


Di sini sy amat kagum dgn semangat beliau yg baru berumur 13 thn mencari ayahnya dgn berbasikal yg agak uzur.. Katanya beliau akan ikut jalan lama ke johor.... 


Beliau akan berehat dan tidor di surau atau masjid dlm perjalanan.. Baru td dlm jam 12 pm melintasi jln pekan bidor perak.. Moga beliau sampai selamat ke destinasinya.. Amin.. Beliau xde hp utk di hubungi..














Subhanallah!! Baby Baru Lahir Terdapat Kalimah 'Allah Dan huruf بسم.' (Bismmi) "Dengan nama".


Baby baru lahir kalimah Allah di telinga, dipunggung huruf بسم. (Bismmi) "Dengan nama".

Wajah baby senyum. Beliau mampu beberapa minit shj melihat dunia tp Allah lbih menyayanginya...

Baby ini akan di kebumikan di kg lembaga Gua Musang..innalillahiwainnailahirojion..
Alfatihah.







Ini Adalah Penjelasan Sebenar Najwa Latif Berkenaan Gambar Perkahwinan Tersebut


PENYANYI muda berbakat yang dicungkil melalu laman Youtube, Najwa Latif tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seseorang.

Najwa atau lmratul Najwa Abdul Latif, 21, sedikit terkejut dengan berita mengatakan dirinya sudah berkahwin malah menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Menurut penyanyi yang melonjak naik dengar lagu Cinta Muka Buku ini kepada sebuah portal akhbar, gambar itu sudah disebarkan oleh orang ramai sejak tahun lalu.


"Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.

"Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa," katanya.

Nama Najwa menjadi viral semalam dek
penyebaran foto kahwin itu. Inilah foto yang hangat diperkatakan di laman sosial semalam.


Betul Ke Najwa Latif Dah Kahwin?

Namun pemilik kepada foto itu dikenali sebagai Norreen telah tampil memberi penjelasan di laman twitter bahawa gambar itu miliknya dan bukan Najwa Latif.


Jelas Najwa lagi kepada portal tersebut, dia
mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mahu memuat naik gambar agar tidak menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab seperti yang
dialami oleh sesetengah selebriti tanah air.

Baru-baru ini kecoh di laman internet apabila tersebarnya gambar Mira Filzah yang menunjukkan dia sedang bergambar dengan objek menyerupai bentuk kemaluan lelaki.

"Sebab itu datam media sosial, saya akan lihat dulu gambar dengan memikirkan apakah impak gambar itu sekiranya ia dimuat naik.

"Sebagai selebriti, kita perlu berbuat demikian memandangkan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam alam maya,"ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 21 tahun itu bakal muncul dengan single baharu berjudul Biar, hasil ciptaan bersama kakaknya, lka Latif.


Kisah Sebenar Gambar Kahwin Najwa Latif Yang Tersebar Dilaman Sosial


Kisah Sebenar Gambar Kahwin Najwa Latif Yang Tersebar

TIADA angin mahupun ribut, tiba-tiba tersebar di laman sosial mengatakan pelantun lagu Kosong sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki.

Namun apabila diselidik betul-betul, ternyata bukan tetapi pelanduk dua serupa. Wanita yang dikatakan iras dengan penyanyi ini telah tampil bahawa gambar yang tersebar itu adalah miliknya lapor Mynewshub.



"Excuse me, that is not Najwa Latif. Its me, and my name is Norreen,"tulis wanita itu.

Pengguna laman twitter Norreen@twt_cinta, berkata, itu adalah foto kahwinnya beberapa tahun dahulu.

"Actually benda ni dah lama dah. My wed pic even jadi viral cuz they thought Najwa Latif yang kahwin but its not lol."


Manakala ini pula komen salah seorang pengguna laman twitter.

"Hahahahaha omg mati mati ingat Najwa Latif yang kahwin. Rupa rupanya, orang lain muka sama omg, tulis sophia@fatensophiaa.

Selain dikatakan memiliki wajah iras Najwa Latif, wanita itu juga mempunyai raup wajah seakan- akan penyanyi antarabangsa Miley Cyrus berdasarkan penampilan dan gaya pemakaiannya.

Inilah wajah sebenar 'kembar' Najwa Latif itu.


Najwa Latif atau nama sebenarnya lmratul Najwa Abdul Latif, 20, pantas meniti di bibir peminat seni tanah air selepas bakatnya dicungkil daripada laman Youtube dengan lagu Baby dari Justin Bieber.

Pada Mac 2011, Najwa telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman NAR dan single pertamanya adalah Cinta Muka Buku.


Pilu...Bapa Saudara Arwah Beri Penjelasan Susulan Viral Kain Rentang Pembatalan Majlis Kahwin


TANGKAK-Susulan viral kain rentang yang memaklumkan pembatalan majlis perkahwinan yang viral di media sosial semalam, ahli keluarga arwah pengantin
lelaki tampil memberi penjelasan.


Bapa saudara arwah, Musa Basar, 50, berkata, biarpun sedih melihat gambar kain rentang itu viral di media sosial,
namun mereka faham akan kesedihan
yang dialami oleh keluarga saudaranya itu,
lapor Harian Metro.


"Arwah Noor Helmee Roslan, 23,
meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya di Singapura ketika dalam perjalanan
ke negara itu pada jam 3 pagi, Jumaat
minggu lalu.


"Majlis persandingan yang dijadualkan hari ini (semalam), terpaksa dibatalkan. Keluarga pengantin perempuan menggantung kain rentang itu bertujuan memberitahu tetamu yang mungkin tidak tahu mengenai kejadian sebenar.


"Malah, kami terpaksa mengubah majlis menyambut menantu pada 21 Mei ini kerana majlis itu sepatutnya membabitkan arwah serta adiknya yang sepatutnya bersanding bersama pasangan masing-masing," katanya.



SAYU.. 'KHABAR DUKA'KAIN RENTANG MAJLIS KAHWIN TAK JADI


SAYU.. KAIN RENTANG 'KHABAR
DUKA' MAJLIS KAHWIN TAK JADI
PENGANTIN MENINGGAL DUNIA.

Sebuah keluarga terpaksa menggantungkan kain rentang bagi memaklumkan pembatalan majlis perkahwinan hari ini
berikutan kematian pasangannya selepas terbabit kemalangan di Singapura,Jumaat minggu lalu.

Bapa saudara arwah, MusE Basar, 50, berkata, walaupun sedih melihat kejadian itu di facebook, mereka faham kesedihan keluarga berkenaan kerana mereka sendiri masih bersedih.

"Arwah Noor Helmee 23, meninggal dunia
Roslan,akibat kemalangan jalan raya El
Singapura ketika dalam perjalanan ke republik itu pada jam 3 pagi, Jumaat minggu lalu.

"Akibat kemalangan itu, majlis persandingan yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan dan kami faham keluarga pihak perempuan menggantung kain rentang untuk memberitahu tetamu yang mungkin tidak tahu kejadian sebenar.

"Malah, kami terpaksa mengubah majlis menyambut menantu pada 21 Mei ini kerana majlis itu sepatutnya membabitkan arwah serta adiknya yang sepatutnya bersanding bersama pasangan masing-masing,' katanya ketika ditemui hari ini.



Sementara itu kisah sedih berkenaan diviralkan menerusi laman sosial facebook (FB)yang memuatkan gambar kain
rentang di pasang keluarga pengantin perempuan selepas terpaksa membatalkan majlis perkahwinan hari ni akibat kematian pasangannya.

Malah keluarga pengantin turut meminta orang ramai sedekah al-Fatihah kepada bakal pengantin lelaki di atas kembalinya arwah ke Rahmatullah...amin.


Si Comel Gadaikan Nyawa Untuk Selamatkan Keluarga Saya Akhirnya Mati Dibelit Ular sawa


Kucing Gadaikan Nyawa Ingin Selamatkan Keluarga Saya Mati Dibelit Ular sawa

Ajalnya dah tiba, mungkin dia nak
selamatkan anak2nya dan kami seisi
keluarga die sanggup dibelit oleh ular
sawa kelaparan yg mampu masuk
celahan2 grill.

Skrg, ank2nya sendirian tanpa belaian ibunya.Damailah kau di sana. Terima kasih
menjaga kami dan sanggup menggadai
nyawa demi kami. Inilah hikmahnya kita
berkasih syg dgn makhluk Allah.

#copypaste

#Dunia_kucing










Shaheizy Sam TERKENA Buatan Orang ? Akhirnya Shaheizy Sam Tampil Dedah Cerita SEBENAR..

Benarkah Shaheizy Sam TERKENA Buatan Orang ? Akhirnya Shaheizy Sam Tampil Dedah Cerita SEBENAR..


Kuala Lumpur, 1 Mei - Melihatkan mukanya yang semain cengkung, ramai peminat pelakon Shaheizy Sam risau dan bertanya khabar tentang kesihatan artis itu.

Bagaimanapun, kesemua persoalan yang bermain di benak peminat akhirnya terjawab apabila pelakon berkenaan memuat naik gambarnya di Instagram beserta jawapan sekali mengapa dia kurus.

"Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti "kenapa kurus sangat?", "Sam sakit ke?", dan ada juga yang bagi statement seperti "jangan la kurus sangat, tak handsome". Hehek .



"Jawapannya, kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa.

"Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!

BH Online pula melaporkan, Sam kehilangan kira-kira 8 kg sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Sam, dia menurunkan berat badannya untuk membawa watak Naufal dalam filem terbaru "Pinjamkan Hatiku".

"Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini," katanya kepada BH Online.







Popular Posts