Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan telah dicampak dari tingkat 18 flat Danau Kota pagi tadi. Pemeriksaan forensik mengesahkan bayi malang itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih beruri. Polis juga sudah menahan seorang suspek wanita berusia 36 tahun sejurus selepas kejadian.
