Juara Kayuhan Basikal Hanya Dapat Hadiah RM30?
SERDANG - Viral gambar seorang juara cilik mendapat hadiah RM30.00 sahaja di media sosial, cetus pertanyaan netizen apakah penganjurnya sudah kehabisan wang?
Program Junior Cycling Malaysia yang diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama beberapa penganjur yang lain itu, memberikan hadiah RM30.00 kepada juara pertandingan, RM20 untuk naib juara dan RM10 untuk pemenang tempat ketiga. Nilai ganjaran itu bukan sahaja untuk peserta di bawah umur 9 tahun, malah peserta di bawah umur 11 tahun.
Bagi kategori peserta berusia 13 tahun ke bawah, paling tinggi RM40, RM30 dan RM20. Bagi kategori 15 tahun ke bawah, RM50, dan RM40 sahaja.
"Punyalah penat adik ini mengayuh basikal sampai kejang urat kaki, RM30 saja dia dapat? Kata nak galakkan remaja dalam aktiviti sukan, galakkan apa kalau seperti ini?" kata Eisqandar Raziemy.
"Ternyata mesej yang ditinggalkan P. Ramlee dalam filem Labu Labi terus dipraktikkan oleh pemimpin negara kita. Ingat tak adegan Haji Bakhil cakap pada Labi semasa mereka meminta derma? 'Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak,' sebab itulah," seloroh Fairul Abu Bakar.