Jenazah Nuri Nadirah Ruslan, 7, yang meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular, semalam, selamat dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff di sini, 9.45 pagi tadi.
Majlis pengebumiannya dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.
lbu arwah, Wan Nor lzzatul Azwana Wan Mohamad, 28, ketika ditemui bersyukur kerana majlis itu selesai dengan baik
selepas tertangguh malam tadi.
"Alhamdulillah segala urusan
pengebumian berjalan dengan
lancar.
"Saya mohon supaya tiada lagi pihak menyebar maklumat palsu yang boleh mengaibkan kami sekeluarga,"katanya
ketika ditemui.
Semalam, kecoh di laman sosial
mendakwa mayat Nuri Nadirah
hidup semula selepas tangannya di katakan bergerak.
Berikutan itu, urusan pengebumian jenazah anak sulung daripada dua beradik itu ditangguhkan pagi ini.