Filled Under:

KES BULI!!2Pelajar dipaksa MENJILAT LANTAI dan MENYALAK seperti ANJING



Lagi kes buli pelajar sekolah dikesan berlaku di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor.

Sebuah video berdurasi 35 saat menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja apabila salah seorang dipaksa menjilat jalan dan seorang lagi menyalak seperti anjing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memaklumkan polis telah menahan enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun selepas menerima laporan berhubung video tersebut.

“Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.

“Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini,” katanya.

Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park.

“Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran,” katanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada akhir bulan lalu.

Dalam video tersebut, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.

Video itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 ‘view’ dan 541 ‘like’, dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.




Popular Posts