Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian pengasuh bayi itu sedang membayar tambang pengangkutan kepada pemandu berkenaan yang baru menghantar pulang anaknya dari sekolah dan tidak menyedari bayi jagaannya keluar dari rumah.
Pengasuh berkenaan yang menjaga dua lagi kanak-kanak lain turut pengsan di tempat kejadian selepas kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Mohd Said berkata, kemalangan berlaku apabila bayi berkenaan berjalan ke arah jalan raya tanpa disedari pemandu berusia 52 tahun selepas selesai menurunkan anak pengasuh tersebut.
“Bayi perempuan berkenaan berada di rumah pengasuh dan tiba-tiba berjalan ke halaman rumah melalui pintu pagar yang terbuka dan terus menuju ke jalan raya.
“Pada waktu sama, datang sebuah van sekolah dari arah bertentangan ingin menurunkan anak pengasuh yang baru pulang sekolah dan tanpa disedari telah melanggar bayi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bayi berkenaan mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van sekolah tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ibu bapa bayi berkenaan menetap di Bandar Baru Kangkar Pulai dan bekerja di daerah ini.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim