Filled Under:

PILU!!Ucapan Ibu Dan Ayah Menjadi Kenyataan..



“Ibu dan ayah kata mereka hendak pergi jauh,” kata Normah Ismail, 49, anak sulung pasangan suami isteri, Ismail Jusoh, 73, dan Maimunah Md Noh, 71, yang maut dalam kejadian di Jalan Seelong Jaya 3, Kampung Sinaran Baru Kempas.

Normah berkata, dia berasa tidak sedap hati selepas ibu bapanya itu mengungkapkan kata-kata itu ketika hendak meminjam Perodua Kancil milik arwah ayahnya itu sehari sebelum kejadian.

“Saya rasa pelik tapi tidak bertanya pula mereka hendak ke mana. Selalunya ibu dan ayah keluar bersama untuk mendapatkan sumbangan.

“Mereka bekerja memungut derma untuk bantuan sebuah rumah jagaan orang tua dan orang kurang upaya (OKU) di Majidee Park.

“Ayah mahu kereta yang dipinjam itu dipulangkan jam 3 petang kerana hendak keluar bersama arwah ibu ke pasar malam,” katanya ditemui di rumah mayat Hospital Kulai, di sini, petang semalam.

Pasangan itu maut selepas Perodua Kancil dinaiki bertembung lori di Jalan Seelong Jaya 3, Kampung Sinaran Baru Kempas, di sini, jam 4 petang semalam.

Normah berkata, arwah ibu juga menunjukkan sikap berbeza apabila mengidam untuk makan ‘nasi maulud’ selain berselera memakan laksa Penang yang menjadi juadah kegemarannya sehari sebelum kejadian.

“Ibu teringin hendak makan nasi maulud (Maulidur Rasul) di Masjid Sultan Abu Bakar kerana sudah dua tahun tidak menjamahnya.

“Sebelum keluar rumah petang semalam, ibu mandi dan bersiap termasuk memakai kain dalam yang dijahitnya sendiri walaupun tidak pernah melakukannya sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Normah berkata, dia terharu apabila arwah ibu ingin membantu anak tunggalnya, Mohd Shafiq Saim, 21, yang dapat menyambung pelajaran di Pusat GiatMara Pasir Gudang dalam jurusan Diploma Rekabentuk Grafik Isnin ini.




Popular Posts