Filled Under:

PADAH !! kes tanam bayi disambung dua beradik direman...


(Gambar fail) Polis melakukan siasatan di lokasi penemuan.

Reman dua beradik berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah disambung sehingga Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaluddin berkata kertas siasatan kemudiannya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dua beradik lelaki masing-masing berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan Selasa lepas dan susulan penahanan itu polis menemui mayat bayi yang dibungkus dalam kain dan ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah.

Bayi itu dipercayai telah meninggal dunia selepas dilahirkan di Nilai pada 10 Januari lepas.

Berdasarkan siasatan awal teman lelaki ibu bayi berkenaan yang berusia 24 tahun bersama-sama adiknya telah menanam mayat bayi berkenaan.

Ibu bayi berusia 25 tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum tindakan lanjut diambil.




Popular Posts