Filled Under:

Jangan Rasa Dengki - Rozita Che Wan



Gara-gara salah faham caption yang dimuatnaik di Instagram anak kepada Rozita Che Wan ini dan disertakan dengan gambar barang shopping di Paris, perkara tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir pelayar laman sosial.

Ada di antara komen yang ditinggalkan di laman Instagram anak Che Ta menyatakan bahawa anaknya perlu belajar untuk merendah diri selain tidak bermegah dengan barang dibeli kerana semuanya adalah daripada kedua ibu bapa mereka.


Che Ta sempat meninggalkan dua komen (yang kemudiannya dipadam) menyatakan rasa terkejutnya dengan kenyataan yang keluar selain menasihatkan individu tersebut agat tidak menyimpan rasa dengki.

Selain itu, perbalahan berbentuk agama turut terjadi di di bahagian komen tersebut, membezakan apa itu maksud sebenar riak, ujub dan takabur. Apa pun, perkara sebegini pastinya bukanlah sesuatu yang baru dilalui oleh Che Ta dan juga anaknya itu.




Popular Posts