Filled Under:

NGERI!!!Penemuan Rangka Manusia Di Pusat Penyembelihan




Satu rangka manusia termasuk tengkorak dan sebahagian anggota badan ditemui berselerakan di sebuah bekas Pusat Penyembelihan Jabatan Veterinar di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, sebahagian rangka itu ditemui seorang kakitangan jabatan berkenaan selepas membuat rondaan di pusat penyembelihan yang tidak lagi beroperasi sejak hampir dua tahun lalu, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai penemuan itu terus ke lokasi dan melihat rangka manusia dipercayai seorang lelaki.

“Hasil siasatan awal unit forensik polis dan forensik Hospital Melaka, kita percaya rangka itu adalah lelaki berusia lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan dianggarkan berada di situ dari satu hingga tiga bulan.

“Setakat ini hanya 70 peratus anggota badan sahaja ditemui sementara sebahagian lain termasuk tulang rusuk dan tangan kiri belum lagi dapat dikesan dan kita akan teruskan pencarian di kawasan sekitar esok,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Shaikh Abdul Adzis berkata, rangka yang berselerak tersebut paling jauh ditemui kira-kira 300 meter dari penemuan oleh orang awam selain sehelai seluar jeans Denim bewarna gelap dijumpa dalam jarak 2 meter.

“Kes ini diklafikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara mara boleh membuat laporan atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Chin Mui Chu di talian 019-6233 410,” katanya.




Popular Posts