Filled Under:

Shah Rukhan pinjam Ninja warga Iceland Dilwale




Filem raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang terkini iaitu Dilwale telah memilih salah satu lokasi penggambaran filem itu di kawasan pasir hitam yang digelar Sólheimasandur di Iceland Selatan. Lokasi pasir gunung berapi hitam ini terletak di sebuah perkampungan yang dinamakan kampung Vík. Satu lagi perkara menarik di sini ialah kehadiran bangkai kapal terbang Douglas Dakota DC 3 Tentera Laut Amerika Syarikat yang terhempas di sana pada tahun 1973. Bangkai kapal ini merupakan salah satu tarikan kegemaran di kalangan pelancong ke sana.

SRK tidak hanya menggunakan Sólheimasandur dan Douglas Dakota tersebut sebagai latar belakang untuk filem nya, malah beliau juga turut meminjam sebuah motosikal Kawasaki Ninja ZX6R daripada seorang lelaki tempatan, Krystian Sikora yang tinggal di pinggir bandar Reykjavík di Kópavogur.


Pemilik Kawasaki Ninja ZX6R, Krystian Sikora dan anak nya

Pasukan penggambaran Dilwale memerlukan sebuah Kawasaki Ninja ZX6R dalam warna tertentu iaitu oren panas, dan Krystian memiliki satu-satunya Ninja ZX6R berdaftar dengan warna ini di Iceland. “Mereka mahu warna ini, dan saya mengesyaki ia adalah kerana watak utama perempuan dalam filem Dilwale itu mengenakan pakaian dalam warna ini. Selain itu, ia adalah warna yang amat kontras dengan pasir hitam,” kata Krystian.



“Khan? Beliau berpenampilan amat mesra seperti hanya seorang lelaki biasa, tetapi berpewatakan ‘cool’ dan menarik. Saya tidak kenal siapa dia, tetapi jika saya berjumpa beliau di mana mana, saya mungkin hanya akan menganggap beliau adalah seorang lelaki biasa saja dengan cara penampilan nya. SRK dan pengarah Dilwale adalah jelas lekaki lelaki yang ‘cool’ dalam pasukan itu, tetapi mereka langsung tidak bersikap lagak superstar atau apa-apa seperti nya.”

Krystian turut memberitahu bahawa SRK kagum dengan motosikal nya. “Dia telah melakukan sedikit latihan menunggang sebelum penggambaran, tetapi yang jelas nya dia memang tahu bagaimana untuk mengendalikan sebuah motosikal dengan baik.”

SRK sememangnya banyak menggunakan motosikal sebagai prop dalam filem filem lakonan nya, seperti yang dapat anda saksikan dalam gambar gambar yang kami paparkan ini.




Dilwale Dulhania Le Jayenge 1995


Deewana 1992


Babak dari filem Rab Ne Bana Di Jodi


SRK di majlis pelancaran KTM200 di India




Popular Posts