Polis menemui tiga mayat rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam ladang kelapa sawit Sungai Layang, Ulu Tiram, Johor.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari berkata, polis menerima panggilan kira-kira 4.00 petang tadi.
Katanya, siasatan awal polis di lokasi kejadian menemui tiga mayat dalam kenderaan itu yang identitinya belum dikenalpasti.
Jelasnya, satu mayat ditemui di bahagian hadapan, manakala dua lagi ditemui di bahagian tempat duduk belakang.
Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga mayat dan kenderaan yang terbakar.
Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) berada di lokasi kejadian menjalankan siasatan dan mayat dibawa ke HSA untuk bedah siasat.