Filled Under:

SAYU!!! "Aku nak balik ni... Dalam perjalanan".Itulah Kata- Kata Terakhir Arwah


"Aku nak balik ni... Dalamperjalanan. Kalau tak ada apa- apa, pukul 2 aku sampai."

ltu perbualan terakhir pemandu lori Mohd Zaki Mamat, 47, dengan kakaknya, Hamidah sebelum beliau dan tiga anggota keluarganya maut dalam kemalangan di KM106 Jalan Kuantan-Segamat di sini, malam tadi.

Hamidah, 52, berkata Mohd Zaki menghubunginya sekitar pukul 7 malam menyebabkan beliau segera menyiapkan tempat tidur untuk arwah dan keluarga 
di rumah emak mereka, Hasmah Hussein, 74, yang terletak bersebelahan rumahnya di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan. 



"Bagaimanapun, sekitar pukul 9 malam, adik saya Mohd Facili,36, yang merupakan anggota bomba di Melaka telefon memberitahu Mohd Zaki terlibat dalam kemalangan.

"Kami bergegas ke sini pada pukul 10 malam selepas diberitahu dua daripada mereka meninggal dunia. 

"Di pertengahan jalan baharu terima berita yang empat (orang) meninggal. Kami patah 
semula ke Kubang Kerian untuk mengambil anggota keluarga yang lain sebelum bertolak pada pukull pagi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Muadzam Shah di sini, hari ini. 

Hamidah berkata menjadi rutin adiknya membawa keluargapulang ke Kelantan setiap kali cuti sekolah bagi melawat ibu
yang uzur selain memenuh undangan kenduri sepanjang cuti. 

Pada kejadian pukul 8,50 malam semalam, Mohd Zaki, isterinya Jamilah Hussen, 46, dan dua anak mereka Muhammad Zamil
Izuddin, 19, serta Muhammad Zamil Syazwan, 14, maut selepas kereta Proton Exora dinaiki mereka terbabas dan
bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. 

Kemalangan berpunca akibat tayar hadapan kiri kenderaan itu meletup dan kesemua mereka yang dalam perjalanan 
dari Merlimau, Melaka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Dua lagi anak Mohd Zaki, Siti Nurjeha, 18 serta Siti Nur Nabilah, 10, cedera parah dan pemandu kereta Honda Civic,Zulkifli Abdullah, 47, yang terbabit dalam kemalangan itu turut cedera. 

Kali terakhir Mohd Zaki yang 
merupakan anak kedua daripada lima beradik itu pulang ke Kubang Kerian ialah 
pada 21 Feb lalu, bagi menziarahi jenazah bapa saudaranya yang meninggal dunia. 

Sementara itu, kakak Jamilah, Asnah, 50, berkata mereka Berasal dari Pulau Kismas Australia dan adiknya yang merupakan anak kelima daripada enam beradik kembali ke Melaka pada sekitar tahun 80-an untuk bersekolah di situ. 

Asnah berkata tiga daripada adik-beradik mereka masih berada di Australia dan telah mengambil penerbangan pagi Ini untuk hadir ke majlis pengebumian yang dijadualkan selepas solat Asar di Kampung 
Bacang, Melaka, petang ini. 





Popular Posts