Filled Under:

REMAJA 15 THN DI PERKOSA DAN DIBAKAR.



New Delhi: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun kini dalam keadaan kritikal akibat dibakar selepas diperkosa di atas bumbung rumah keluarganya di sebuah perkampungan dekat sini.

Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana merogol dan membakar remaja itu di perkampungan Tigri, dekat bandar Noida di Uttar Pradesh.

Menurut polis, tangan lelaki itu juga melecur dan dia kini menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk merogol, cuba membunuh, menyerang mangsa bawah umur dan menyebabkan kecederaan serius.

Remaja perempuan itu ditemui ibu bapanya selepas terdengar dia menjerit dari atas bumbung menjelang subuh, semalam. Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di New Delhi akibat melecur hampir seluruh tubuhnya.

Remaja itu memberitahu polis, dia dirogpl, dipukul dan dibakar seorang lelaki yang sering mengekorinya sejak beberapa bulan lalu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121281?m=1#sthash.nj7hdPtT.dpuf




Popular Posts