Filled Under:

Faye Kusairi Memberi "Komen Balas" Punca Perceraian Elly Mazlein


Ini Komen Balas Faye Kusairi Apabila Dikatakan Punca Perceraian Elly Mazlein


Pelakon Faye Kusairi kini tampil memberi komen yang mengatakan dirinya menjadi punca perceraian antara Elly Mazlein dan bekas suaminya iaitu pengarah, Azmi Hatta.


Faye berkata perkara itu amat mengarut dan agak terkilan apabila namanya terpalit sebagai pihak ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti terbabit.


Apatah lagi, Faye Kusairi memberitahu dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu.

Ini komen Faye:


"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga."


"Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. "


"Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka,"


"Apabila gosip ini muncul, ia membuatkan saya sedikit terganggu. Perkara ini tidak betul, jadi saya ambil pendekatan untuk bertenang saja,"


Menerusi laporan sebuah akhbar, Faye dikatakan menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu di ketahui oleh Elly.


Faye Kusairi juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember tahun lalu.


Kemudian, Elly dikhabarkan tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai.


Bagi Faye, dia berharap gosip seperti itu tidak akan diperkatakan lagi kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baiknya.




Popular Posts