Filled Under:

ALFATIHAH!!TAKZIAH SHARIFAH SAKINAH..Kerana Kehilangan Orang Yg Tersayang


Salam Takziah Kepada Sharifah Sakinah Kehilangan Orang Yg Tersayang.. Semoga Tabah Menerima Takdir.. Harap Jadi Pengajaran

ALFATIHAH!! TAKZIAH SHARIFAH SAKINAH....

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharifah Sakinah reda dan menganggap belum rezekinya untuk menjadi ibu pada tahun ini apabila anak yang baru beberapa minggu dalam kandungan keguguran.

"Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal.

"Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan reda. Suami (Aliff Adha) turut berperasaan sama," katanya sambil memberitahu, doktor memaklumkan tiada apa yang perlu dibimbangkan ekoran insiden berkenaan.

Kata pelakon yang dilahirkan dengan nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini, walaupun bayi terbabit dipinjamkan kepadanya untuk tempoh yang singkat, ia sudah cukup untuk meninggalkan memori indah kepadanya.

Sementara itu, bercerita mengenai kerjaya seninya, Sakinah, 26, berkata beliau baru saja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Wau Kasih yang dijangka menemui penonton sebuah saluran berbayar sekitar Mei depan.

Telefilem itu adalah hasil sentuhan seorang pelajar tahun akhir sebuah pusat pengajian tinggi bersama-sama pengarah berkaliber, Sabri Yunus. "Insya-Allah tidak lama lagi saya akan terbang pula ke Korea Selatan untuk menjayakan penggambaran filem, Kimchi Untuk Awak, arahan Michael Ang. Turut berlakon dalam filem ini ialah Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza dan Janna Nick," katanya yang mengakhiri zaman bujang pada Mac tahun lalu.





Popular Posts