Filled Under:

LARA ALANA Bakal Muncul Dalam Satu Program TV Sendiri ...


Bukan ibu bapanya sahaja yang jadi selebriti, malah anaknya juga bakal menjadi selebriti apabila Awal Ashari dan Scha Alyahya mendedahkan yang anak mereka Lara Alana bakal muncul dengan TV program sendiri.

Mana taknya, pengikut Lara Alana di Instagram sahaja sudah mencecah 1.5 juta pengikut. Memang sangat banyak untuk seorang bayi yang baru sahaja berusia 7 bulan.

“Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program berkonsep keibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan," katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Sebagai ibu bapa yang rajin memuat naik gambar dan video anaknya yang sentiasa gembira dan mood yang baik di Instagram, ramai pengikut inginkan tip-tip bagaimana Awal dan Scha menjaga Lara dalam kehidupan seharian yang sentiasa sibuk.

"Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan.

"Melalui e-mel kami berdua sering ditanya soalan-soalan berkaitan anak, contohnya bagaimana kami sekeluarga bercuti ke luar negara dan apa makanan yang diberi kepada anak.

"Jadi saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa," katanya.

Laman Instagram Lara Alana bukanlah untuk mencari populariti semata-mata sebaliknya dijadikan sebagai jurnal harian buat Lara.




Popular Posts