KEMAMAN – Mayat dua lelaki yang hampir reput dijumpai dalam sebuah sub stesen penjana elektrik di kawasan kilang besi di sini malam tadi.
Mayat disedari apabila anggota polis bantuan yang sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan kilang tersebut sebelum terhidu bau busuk.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata sejurus menerima panggilan kira-kira pukul 8.15 malam, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya pihak polis terpaksa memecahkan pintu bangunan tersebut kerana ia berkunci dan mendapati dua mayat berada di dalam bangunan tersebut.
“Kita tidak menolak kemungkinan mayat tersebut sudahpun tiga hari berada di dalam bangunan tersebut berdasarkan kepada keadaan mayat yang sudah mula mereput,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya atas faktor keselamatan pihak polis terpaksa memanggil sepasukan 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai untuk mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kabel elektrik bervoltan tinggi.
Beliau berkata mayat pertama dibawa keluar pada pukul 12.25 pagi manakala mayat kedua pada pukul 1.42 pagi.
Mohd Said berkata turut dijumpai pada mayat tersebut ialah barang peribadi mangsa yang membawa kepada penemuan kad pengenalan yang tertera nama Anuar Husin, 46, yang berasal dari Kampung Payoh, Kemasek dan Rosli Abdul Rahman, 42, yang berasal dari Kampung Ibok, Kemaman.
“Kedua-dua mangsa dipercayai menceroboh masuk ke kawasan berkenaan ekoran maklumat pihak pengurusan kilang berkenaan mengesahkan kedua mangsa bukan kakitangan kilang tersebut,” katanya.
Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Jelasnya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah pada mayat mangsa selepas memperolehi keputusan hasil bedah siasat,” katanya.
Filled Under:
NGERI!!!Penemuan 2 Mayat Hampir Reput Dalam Sub Stesen TNB
Posted By:
Unknown
on 9:38 PTG
Popular Posts
-
Aku Rela Dirogol Asalkan Tak Hamil | Ketika itu, saya terpaksa merelakan diri saya dirogol dikarenakan lelaki itu dan juga kawannya dua o...
-
Kisah Benar Pengakuan Isteri Berzina Dengan Lelaki Negro Ketika Kursus Pada awal tahun ini. saya telah dihantar oleh syarikat tempat s...
-
ISTERI RELAKAN SUAMI TIDURI WANITA LAIN ANGKARA SIHIR PENUNDUK SUAMI.!! SETIAP kali memandang wajah suaminya, hati Fida, 41, pasti terusi...
-
Kejadian ini berlaku di Rahang Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tid...
-
Kepala Wanita Kamboja Dipenggal Dan Dibakar|Seorang mayat gadis kamboja ditemui tanpa kepala di dalam sebuah hotel dipercayai di penggal ...
-
Inilah Senarai Artis Malaysia Yang Kantoi Bogel! Masihkah korang ingat siapakah antara artis-artis di Malaysia ini yang pernah kantoi b...
-
KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia ...
-
Pelajar Perempuan Bangga Kongsi Gambar Air Mani Di Twitter. Tak tahulah macam mana nak cakap dengan budak-budak sekarang. Semakin advanc...
-
Lagi Awek Melayu Kena Sedut Dalam Kereta .. Pasangan melayu pada hari ini kian menjadi-jadi. Selepas satu, satu aksi-aksi mereka ya...
-
"Tahan ye sayang, sikit je lagi..." - Kisah Malam Pertama Pasangan Pengantin Baru | Sepasang pengantin tengah bersiap untuk ha...