Filled Under:

SAYU!!!!Luruh Hati Suami Melihat Anak Dan Isteri Maut Jatuh Cerun


Luluh hati seorang lelaki apabila dia terpaksa melihat isteri dan bayi lelakinya yang berusia enam bulan terjatuh dari cerun bukit setinggi kira-kira 20 meter
selepas terbabit datam satu kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras di sini pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa yang berusia 33 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal
bersama isterinya yang sedang mendukung bayi tersebut sebelum dipercayai terbabas
dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan.


Akibat daripada rempuhan itu, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ.


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian
tersebut dan berkata kejadian itu masih disiasat oleh pihak polis.











Popular Posts