Filled Under:

Calon Temuduga NAIK ANGIN Sebab Layanan Petugas 'Rayani Air'


Kuala Lumpur – Syarikat penerbangan pematuhan syariah pertama di Malaysia, Rayani Air dikecam hebat pengguna media sosial kerana didakwa menghina dan memalukan calon-calon yang menghadiri temuduga terbuka yang diadakan semalam.


Tinjauan di laman Instargram syarikat penerbangan itu, rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan petugas yang disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar.


“Staff biadap tak hormat orang, menjerit-jerit kekurangan candidate di hadapan orang ramai. Malulah orang itu depan orang ramai… Sabarlah adik-adik yang pergi semalam,” kata Ayi989Lg1.


“Crew yang hina orang tu tak sedar diri betul, tak paham aku. Duk kritik-kritik orang, ambil gambar orang lepas tu tunjuk kat member sebelah dia and gelak-gelak. Kata membawa imej islam, pewatakan mesti baik. Ni gelak kuat cakap macam nak bergaduh je. Taik kucing la yang mana lawa-lawa dia reject. Yang aku tengok memang qualified (tapi) atas alasan yang bodoh je dia reject. Depa tak sedar ka depa pernah alami macam mana candidate alami. Itu pun susah nak fahami orang. Learn from experience sendiri la, muhasabah diri sikit. #akuperatijekau,” ujar Leesya19 pula.


“Kita ni duk marah sebab staff Rayani AIr yang kurang ajar dan tak reti nak handle interview seperti ini. Sikit pun tak heran sebab tidak terpilih tapi kenapa meroyan kata yang datang interview tak sedar diri dan sebagainya,” bidas Frh.soraya pula.


Rayani Air pada Jumaat lalu membuat promosi temudaga terbuka, menjemput mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pelayan kapal terbang.


Menurut salah seorang calon, temudaga terbuka tersebut telah dihadiri oleh hampir dua ribu orang sehingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan ekoran kekurangan kakitangan yang bertugas.


“Apapun kakitangan yang bertugas kat situ macam tak ada kesabaran dan adap sopan. Tak bijak menguruskan keadaan, cepat melenting dan marah serta suka malukan orang. Saya tertanya-tanya, apakah itu yang Riyani ajar,?” soal Liyaizzati.


“Nak jadi cabin crew (pelayan kapal terbang) memang susah sebab 2 orang sepupu saya merupakan pramugari. Masalah di sini ialah cara Rayani Air menguruskan temuduga pada hari tersebut, dari segi percakapan, tingkah laku dan teguran langsung tidak nampak ciri-ciri Islamik. Sangat kecewa dengan cara Rayani Air yang yang membawa konsep Islam hanya untuk pandangan mata kasar orang ramai, sebaliknya mereka masih mencari krew yang berdahi licin dan menggoda untuk berkerja dan bukannya mahu membantu sesama islam. Rayani air sepatutnya memperbetulkan semula konsep syarikat dan tema yang dibawa,” ujar So_phi_eee pula.


“Kan, tu lah, tapi satu jelah, orang-orang Rayani Air, biadaplah dan berlagak gila tak macam orang-orang MAS. Tadi rasa macam nak lawan je bila dia naikkan suara kata ‘saya penatlah’ kalau ada botol air, dah lama aku bagi mereka makan,” luah Iamfitrifirdaus




Popular Posts