Filled Under:

TERKEJUT GILA!!Bila Menantu Suka Pasangan Sejenis Anak Menderita..



Apa akan jadi jika si suami mengaku yang dia tidak suka perempuan dan mahu perkahwinan ditamatkan?
Siapakah yang teraniaya dalam perkara ini, jawapannya sudah tentu perempuan.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh ibu kepada mangsa yang merasa sangat menyesal memaksa anaknya
berkahwin dengan anak teman baiknya yang belajar di luar negara dan berjawatan tinggi.

Sebagai iktibar dan teladan, kita ikuti cerita Puan Maz (bukan nama sebenar) kepada saya. Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran dari kisah yang Puan Maz dan anaknya lalui ini.

Inilah ceritanya.

Saya seorang pesara berumur lewat 50-an dan bersuami. Saya kenalkan diri sebagai Puan Maz. Saya mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya sudah dewasa dan mempunyai kehidupan mereka sendiri.

Anak bongsu saya Mm, (bukan nama sebenar)berusia 32 tahun. Dua orang abangnya telah benikah dan tinggal berasingan. Saya sudah mempunyai tiga orang cucu. Hidup saya bahagia dengan adanya anak menantu dan cucu.

Tetapi di dalam bahagia itu saya bersedih kerana Min tidak menikmati hidup seperti mana yang saya inginkan. Dia gagal dalam rumah tangga garagara perbuatan saya. Sampai sekarang saya masih merasa bersalah terhadap dia.

Sampai hari ini, saya sangat menyesal dan kasihankan dia. Tetapi dia rilek sahaja dan tidak menunjukkan rasa marah dengan saya. Namun, saya tahu dia menyimpan perasaan kecewa yang amat sangat dengan apa yang telah dia alami.

Ceritanya begini, lebih kurang enam tahun lalu, saya telah mencari jodoh untuk Min. Sahabat baik saya, Maria (bukan nama sebenar) ada seorang anak lelaki, Adli (bukan nama sebenar)yang baru balik belajar dari luar negara berkelulusan dalam bidang kejuruteraan.

Sebaik sahaja anaknya itu balik ke Malaysia setelah tamat belajar, kami merancang untuk berbesan dan menjodohkan anak-anak kami kerana ingin merapatkan hubungan baik kami sebagai sahabat. Hajat kami Allah makbul

Saya sangat gembira kerana hajat untuk berbesan dengan Maria tercapai, begitu juga dengan suami. Doa kami
sebagai ibu bapa tentunya untuk melihat rumah tangga mereka bahagia hingga ke syuqga.

Sayangnya itu tidak berlaku. Min menderita zahir dan batin. Adli bukan seorang suami yang boleh dia

bergantung hidup. Dia tidak suka perempuan. Tanpa kami duga Adli sebenamya seorang gay-Dia ada teman
lelaki yang menjadi pasangannya semasa belajar di luar negara.

Perkara ini terbongkar pada satu hari apabila saya terserempak dengan Adli bersama lelaki itu di rumah mereka
semasa saya membuat kunjungan mengejut tanpa memberitahu kedatangan kami ke rumah mereka.

Saya hampir pengsan melihat aksi Adli dan pasangannya, begitu juga mereka. Suami saya hampir hendak

belasah Adli tetapi saya sempat melarangnya. Kami hubungi Maria dan suaminya untuk bersemuka. Anak saya
juga dipanggil untuk mendengar sendiri apa sebenamya berlaku.

Hajat saya dan suami untuk membuat kejutan kepada anak menantu kami berakhir dengan kesedihan. Bertambah sedih dan kecewanya saya apabila mendapat tahu Min tidak tinggal di rumah itu bersama Adli, sebaliknya menyewa bersama kawan-kawannya.

Malam itu semuanya terbongkar, rupa-rupanya anak saya telah merahsiakan perkara ini daripada kami kerana
tidak mahu kami susah hati. Kami tidak tahu apa yang berlaku selepas mereka berkahwin kerana kedua-duanya
menunjukkan kemesraan apabila berkunjung ke rumah kami Macam suami isteri lain. Tidak ada tanda-tanda mereka ada masalah.

Saya mengucap panjang mendengar cerita Min mengenai rumah tangganya. Sepanjang malam, saya menangis
Saya menyesal sungguh-sungguh kerana menyuruh dia berkahwin dengan Adli.

Maria dan suami pula tidak tahu perangai anak mereka. Saya juga tidak boleh nak marahkan mereka sebab Adli menetap lama di luar negara. Masa dia balik cuti tidak nampak sikap pelik pada dirinya, kata Maria.

Akhimya Adli mengaku yang dia tidak suka perempuan dan mempunyai teman lelakinya sendiri. Dia mengaku bersalah dan mengabaikan anak saya. Sejak kahwin selama tiga bulan. Dia tidak pernah sentuh anak saya.

Berderai air mata saya memikirkan perkara ini, kasihan anak saya, menjadi mangsa keadaan. Walaupun sedih,
saya menyifatkan ini ujian Allah kepada saya dan keluarga terutama kepada Min.

Setelah Adli membuat pengakuan, akhimya dia menceraikan anak saya dengan talak satu di hadapan kami semua. Air mata saya menitis lagi. Kali ini, bukan air mata gembira tetapi air mata sedih dan menyesal.

Saya tidak boleh mengubah keadaan lagi. Semuanya sudah berlaku. Saya kena reda. Anak saya sangat kuat dan tabah. Dia tidak menunjukkan sedihnya tetapi saya tahu hatinya menangis.

Min tentu malu dengan kawan-kawan dan jiran tetapi saya yakin dia akan pulih dan kembali hidup seperti biasa. Selepas kejadian itu, Min minta ditukarkan ke selatan tanah air. Dia mahu lari dari segala kekusutan yang mengingatkan dia tentang pengalaman pahitnya itu.

Sebagai ibu, saya sangat menyesal dan sedih. Apabila melihat abang-abangnya hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak mereka, saya menangis mengenangkan nasib Min. Sepatutnya sebagai anak bongsu, dia juga bahagia seperti mereka.

ltulah yang dikatakan ketentuan Allah, saya akur dengan janji Allah dan berharap satu hari, Min akan bertemu jodoh dengan lelaki yang benar-benar memberi kasih sayang dan perlindungan kepadanya sehingga ke hujung nyawa.

Saya mendoakan supaya Min bahagia dengan caranya dan berjaya dalam kejayanya sekarang, paling saya
berharap semoga dia akan bertemu jodoh secepat mungkin, pinta Puan Maz sebak.

Saya dapat merasakan hancurya seorang wanita diperlakukan begitu oleh suami yang diharap dapat menjadi tempat berlindung. Saya juga faham perasaan Puan Maz. Jangan salahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi, sebab semuanya ketentuan Ilahi.

Tetapi anggaplah ini sebagai ujian Allah untuk hamba-Nya. Allah menguji mereka yang dia sayang. Ujian ini sebenarya ada hikmah yang tersembunyi.

Saya juga berharap Allah makbulkan doa Puan Maz untuk melihat anaknya Min bahagia seperti orang lain. Tetapi satu perkara yang perlu kita ingat kita hanya melihat tetapi Min yang merasa. Apa pun jangan putus berdoa Puan Maz, doa seorang ibu mujarab, mudah-mudahan Min akan bertemu lelaki yang sesuai untuk
menjaganya nanti.

Menamatkan catatan, sepatah kata dari saya, kehidupan bagaikan perahu kecil di laut, terumbang-ambing dipukul ombak tetapi berkat usaha dan kepayahan melawan ombak dan badai itu, akan sampai juga perahu kecil itu ke daratan.





Popular Posts