KEJAM!!!Wanita Bawa Kepala Kanak Kanak Yang Dipenggal



MOSCOW, RUSIA – Seorang wanita mengejutkan orang ramai di sebuah stesen metro di Moscow apabila tiba-tiba sahaja muncul sambil membawa kepala seorang kanak-kanak lelaki yang telah dipenggal.

Dailymail melaporkan, polis kini menahan wanita tersebut yang bekerja sebagai penjaga kanak-kanak.

Gyulchehra Bobokulova, 39, berasal dari Uzbezkistan dan sebelum ini menjaga seorang kanak-kanak perempuan bernama Nastya M.

Pakar forensik psikatrik juga dirujuk bagi membantu motif kejadian tersebut.

Sehubungan itu, polis menemui mayat seorang kanak-kanak tanpa kepala di sebuah apartmen tidak jauh dari tempat kejadian.




CURANG!!!Suami Penat Cari Rezeki, Isteri Pula Main Cari Bangla..



Kejadian ini berlaku di Rahang Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita berstatus isteri orang dicekup jirannya.

Jiran-jiran mula curiga dengan tindakan bangla ini. apabila selalu masuk dan keluar rumah wanita ini ketika suaminya tiada dirumah


Ketika dicekup wanita terbabit bersama teman lelakinya warga bangladesh di rumah, pasangan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut


Warga Pakistan Buat Hal Lagi!!!Perko-sa Gadis Melayu.


pemotong rumput berbangsa Pakistan yang ditangkap oleh penduduk di Puncak Alam dekat Petronas semalam kerana memperko-sa seorang gadis melayu.

Mengikut maklumat, warga Pakistan yang ambil upah memotong rumput telah mencabul dengan memeluk erat seorang anak dara tuan rumah selepas menerima bayaran.

Seperti diceritakan, 5 warga Pakistan ni telah menghalang kereta ahli keluarga secara samseng yang mencari Pakistan ini.

Warga Pakistan ini memegang kayu dan memukul 2 lelaki melayu sambil memetik yang mereka adalah 3 line.





Pergaduhan ini melibatkan orang awam Puncak Alam yang tidak menyukai sifat buruk pekerja asing ini yang mencabuli remaja dan berlagak samseng, menurut sumber di laman sosial.


Rogol Dan Bunuh Guru Dalam Tandas Sekolah

Pelajar Rogol, Bunuh Guru Dalam Tandas Sekolah


Massachusetts (Amerika Syarikat) – Seorang pelajar berusia 14 tahun sanggup bertindak kejam dengan merogol dan membunuh‎ gurunya sendiri dalam tandas sekolah di Boston, lapor portal antarabangsa, Metro.co.uk.

Tertuduh, Philip Chism dikatakan mengekori Colleen Ritzer, 24, ke dalam tandas sekolah sebelum menyerang wanita terbabit.

Chism didakwa menikam tubuh Ritzer sebanyak 16 kali sebelum merogol dan mencekik guru matematiknya sehingga mati.

Chism kemudiannya memindahkan mayat gurunya ke luar sekolah dengan menggunakan tong sampah sekolah dan membakarnya sebelum menggunakan kad kredit mangsa untuk membeli tiket wayang pada sebelah petang.

Chism yang melakukan jenayah itu ketika berumur 14 tahun, sudahpun berusia 17 tahun apabila dia didakwa di mahkamah.



Mahkamah menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara atas tuduhan membunuh dan tambahan 40 tahun penjara lagi atas tuduhan merogol dan rompakan bersenjata


PEMBUNUH!!!Bayi lahir tak cukup SIFAT di lontar Dari tingkat 18


Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan telah dicampak dari tingkat 18 flat Danau Kota pagi tadi. Pemeriksaan forensik mengesahkan bayi malang itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih beruri. Polis juga sudah menahan seorang suspek wanita berusia 36 tahun sejurus selepas kejadian.

Wanita terbabit dikatakan ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat berkenaan bersama seorang anak perempuannya yang berusia lima tahun.






MALANG!!!Video Seorang Lelaki Apabila VAPE Di Poket Depan Seluar Tiba2 Meletup


LONDON ― Kejadian peranti rokok elektronik, atau vape, terbakar tidaklah terlalu baru tetapi nasib malang seorang lelaki di Amerika Syarikat ini dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Josh Hamilton berada di kaunter kedai serbaneka di sebuah stesen minyak Owensboro, Kentucky apabila perantinya di poket depan seluar tiba meletup, lapor The Independent kelmarin.

Beliau kelam-kabut cuba memadamkan kebakaran itu dan bergegas keluar dari kedai tersebut dalam kejadian 20 Februari.

Seorang lelaki kemudian menolongnya menanggalkan seluar panjang, sementara penjaga kaunter Jassie Singh mengambil pemadam api.

Mengalami kebakaran tahap kedua di paha kanan, selepas mendapat rawatan di hospital, Hamilton memuatkan gambar kecederaannya itu di laman Facebook miliknya.

Menceritakan saat-saat cemas itu, seorang lagi pekerja di situ Manoj Kumar yang sangat terperanjat berkata beliau tertanya-tanya sama ada Hamilton “membawa bom” di dalam poket.

Menurut laporan portal stesen CNN pula, Oktober lalu, Evan Spahlinger dari Naples, Florida, dimasukkan ke unit rawatan rapi apabila peranti vape meletup dan membakar muka, leher dan tangannya.

Pada 2013, Kinzie Barlow berkata bateri peranti miliknya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup, menyebabkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun melecur tahap satu dan dua.




Dalam laporan portal itu kelmarin, CNN menyatakan terdapat 22 kejadian seumpama itu sejak rokok elektronik diperkenalkan pada 2008 di Amerika Syarikat.

Di Malaysia pula, vape milik seorang rakan kumpulan pelawak Mamu tiba-tiba meletup di Festival Boria di Pulau Pinang pada Disember lalu.

Pada 6 Oktober 2015, seorang pengguna di Bintulu dilaporkan maut apabila bateri yang terkeluar akibat letupan itu terkena dadanya.

Pada 24 Oktober lalu, bateri vape seorang penumpang Malindo Air terbakar selepas pesawat berlepas dari Kota Kinabalu menuju KLIA2. Penumpang itu mendapat cedera ringan.


KISAH SIHIR PENUNDUK SUAMI.!!Isteri Relakan Suami Tiduri Perempuan Lain


ISTERI RELAKAN SUAMI TIDURI WANITA LAIN ANGKARA SIHIR PENUNDUK SUAMI.!!

SETIAP kali memandang wajah suaminya, hati Fida, 41, pasti terusik. Ada rasa kesal dan tidak percaya menjentik mindanya apabila mengenangkan perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan suaminya itu dahulu.


Fida tidak pernah menduga lelaki yang dinikahi atas dasar cinta kira-kira 15 tahun lalu itu tergamak menyihirnya demi mahu hidup senang-lenang.


“Saya sedikit pun tidak pernah me­ragui tindak-tanduknya. Sungguh saya tidak menyangka akhirnya diri ini diperbodohkan,” ujarnya.


Menyingkap kembali memori perkahwinan mereka, Fida berkata, dia me­ngenali suaminya, Ramli, 42, ketika sama-sama bertugas di sektor swasta di selatan tanah air.


“Ketika bercinta, saya banyak lebihkan keluarga pihak lelaki sampaikan ibu bapa saya berkecil hati. Masa saya juga banyak dihabiskan untuk Ramli sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai anak kepada mereka.


“Saya pun tidak tahu mengapa saya bertindak sedemikian tetapi hal itu menyebabkan percintaan kami mendapat tentangan keluarga.


“Bagaimanapun, demi menjaga nama baik, mereka akhirnya merestui perkahwinan kami,” ceritanya.


Tangkal taring binatang


Melihat dirinya sekarang, ibu kepada tiga orang anak itu kini menyedari suaminya itu menggunakan sihir penunduk sejak awal perkenalan mereka lagi.


“Tidak hairanlah saya begitu menurut kata-katanya bagai lembu dicucuk hidung. Apa sahaja yang dikehendakinya pasti akan dituruti tanpa banyak soal,” katanya.


Cerita Fida, dia banyak berhabis wang ringgit dan bergolok-gadai barang kemas demi suaminya itu.


“Dia juga mengongkong serta melarang saya balik ke kampung halaman untuk bertemu keluarga. Peliknya, saya ikut sahaja telunjuknya tanpa mempertahankan hak saya,” ujarnya yang sanggup memutuskan hubungan dengan mana-mana rakan yang berani menegur sikap Ramli.


Namun, apa yang lebih mengecewakan Fida, suaminya itu tergamak membawa pulang beberapa orang wanita berlainan ke rumah mereka untuk ditiduri.


“Saya sedikit pun tidak melenting, malah boleh hidangkan air buat mereka. Bukan tidak marah tetapi lidah saya jadi kelu sampai tidak mampu berbuat apa-apa.


“Mujurlah anak-anak tidak tahu pe­rangai buruk bapa mereka kerana ma­sing-masing bersekolah di asrama penuh,” ceritanya.


Wanita yang berasal dari Pantai Timur itu mengetahui dirinya disihir selepas mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam At-Tobibi, Kok Lanas, Kelantan pada awal Januari lalu.


“Saya tahu ada yang tidak kena pada diri saya. Lagipun, sebelum ini saya pernah menemui barang-barang mencurigakan seperti azimat taring haiwan dan tangkal kain kuning dalam simpanan Ramli.


“Paling mengejutkan, saya pernah terjumpa patung voodoo tanpa kepala daripada lidi diletakkan di kepala katil di sebelah tempat tidur saya.


“Apa yang menakutkan, patung itu dipintal dengan rambut saya sendiri dan dicucuk dengan pin serta jarum tajam,” jelasnya.


Fida mengakui berasa terkilan ketika diberitahu, patung itu antara bahan sihir yang digunakan suaminya untuk menundukkannya.


“Seperti mana rambut itu dipintal pada patung itu, seperti itulah saya diikat untuk terus turut pada perintah suami.


“Saya juga kerap bermimpi dibelit ular dan diberi makan makanan kotor oleh suami sendiri. Rupa-rupanya, ia petanda saya disihir,” katanya.


Muntah debu
Bercerita mengenai rawatan yang dijalani, Fida berkata, dia memuntahkan debu selepas diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat ruqyah dan diberikan air zamzam.


Menurutnya, dia boleh merasakan perubahan selepas menerima rawatan buat kali kedua di pusat perubatan sama di Nilai, Negeri Sembilan.


“Berkat menjaga solat dan mengamalkan ayat-ayat pembenteng sihir, saya demi sedikit pulih daripada ‘penyakit’ ini. Selepas makin sembuh, saya ada bermimpi suami melambai-lambaikan tangan seolah-olah mengucapkan selamat tinggal.


“Saya juga ada bermimpi dia merayu-rayu agar tidak meninggalkannya. Saya tidak pasti maksudnya, namun kini dia tidak boleh mendekati saya lagi lebih-lebih lagi jika mahu berbuat jahat,” katanya.


Ditanya mengenai rumah tangganya, Fida berkata, dia menyerahkan segala­nya kepada Allah SWT.


“Saya tidak fikir untuk meminta cerai kerana tidak mahu anak-anak menanggung sengsara akibat perpisahan kami. Lagipun, kami sudah tua untuk membawa haluan masing-masing.


“Buat masa ini, saya mahu memperbanyakkan ibadat dan berharap Ramli akan bertaubat dan menginsafi perbuatannya,” ujar Fida lembut menutup bicara.


PEDIH!!Anak Melambung Dalam Kuali Panas


ANAK MELECUR MASUK MELAMBUNG MASUK DALAM KUALI PANAS

Anak Melecur Melambung Masuk Dalam Kuali Panas|Perlis: sebuah kejadian yang melibatkan seorang kanak kanak terpaksa di larikan kehospital untuk mendapat rawatan karena melecur melambung masuk kedalam kuali panas.



Kejadian yang berlaku di Nat khamis perlis dimana ketika itu ibu kanak kanak tersebut berhenti untuk membeli makan meninggalkan anaknya tanpa mematikan motor terlebih dahulu.


Mangsa yang terus memulas gear motor tak sempat diselamatkan oleh ibunya terus melambung dan masuk kedalam kuali panas peniaga kata Dekni Issandradalam postingannya 25.02.2016 hari ini.


Kecuaian seperti ini bukan hanya di lakukan oleh ibu mangsa,kami yakin masih ramai ibu dan juga ayah yang melakukan perkara sama seperti ini.Berzukurlah nasib masih menyebelahi anda.


Motif Seorang Ayah Mengkerat Kedua Anak Kandungnya Terjawab


Kronologi Anggota Polis Kerat Dua Anak Kandung Untuk Persembahan Bisikan Gaib

Sangat banyak pertanyaan yang ada di pikiran apa motif seorang ayah yang bekerja sebagai anggota polisi mengkerat kedua anak kandungnya sampai maut dengan beberapa stek dirumahnya pada 26.02.2016 lalu.

Berikut kronologi Brigjen kerat dua anak kandung yang berumur 4 dan 5 tahun hingga maut.



1.Tiga hari sebelum kejadian terpercaya sipelaku petrus telah bertengkar dengan istrinya Windri karena ada permasalah rumah tangga.

2.Sebelum membunuh kedua anaknya sipelaku sempat membawa anaknya untuk bertemu dengan Intelkam Polres Melawi AKP Amad Kamiludin.sofyan yang tinggal di rumah itu kemudian bertanya “Ada apa malam-malam bawa anak ke sini?” Dia pun menjawab. “Mau bertemu kasat Pak.” Sofyan pun mengatakan bahwa sang Kasat Intelkam sudah tidur.lalu Petrus balik kanan dan terus balik

3.26.02.2016.Windri Yang terbangun dari tidur akibat erangan suaminya cuba ketempat kejadian,Windri melihat suaminya dengan memengan sebilah parang dan cuba bertenang.
4.Mereka baik. Mereka mengerti. Mereka pasrah. Maafkan papa ya, Dik,’’ kata Petrus kepada Windri setelah mengancam untuk membunuh istrinya itu.

5.Windri yang menyadari bahwa yang dimaksud suaminya itu kedua anaknya Febian, 4, dan Amora, 3, putra-putri kesayangannya.

6.windri terus berusaha tenang dan terus mencari alasan untuk melarikan diri.kemudian dia meminta untuk mengambilkan air putih untuk suaminya

7. windri lantas menuju kamar kedua anaknya dan menyaksikan hal yang tidak pernah di bayangkannya.dua anaknya tewas dengan beberapa bagian tubuh terpotong.

8.windri kemudian berlari kerumah Brigjen Sukadi dekat rumahnya untuk meminta pertolongan.

9.sukadi menemukan petrus duduk di teras rumah mendatanginya dan petrus berkata berkata “saya sudah bersihkan bang, saya menyerahkan diri”

10.suasana di asrama polres malawi pontianak kalimantan barat akhirnya gempar pada pukul 00.15 waktu indonesia.

11.00: 20 windri meminta untuk melihat kondisi kedua anaknya dan membuat pernyataan bahwa suaminya dalam beberapa minggu terakhir sering marah marah sendiri di dalam rumah, sipelaku juga sempat memandikan kedua anaknya sebelum di bunuh.

12.menurut laporan kepolisian mendapatkan laporan dari Brigjen Arief Sulistyanto terkait persoalan ini petrus tadi malam telah membunuh kedua anaknya untuk presentasi, katanya.Petrus juga diduga mengidap schizophrenia. Hingga saat ini, kesini masih terus didaalami

13. Jenderal Pol Badrodin Haiti mengakui bahwa Brigjen Petrus sering kesurupan sejak usia empat tahun,ia juga di duga sakit sejak kecil,Tapi anehnya, tak terdeteksi saat ia masuk sebagai anggota kepolisian.
14.stri Petrus, Windri mengatakan, beberapa hari sebelum peristiwa mutilasi dua anaknya, suaminya bertingkah aneh. Dia juga sering mengigau dan bersikap seolah sedang dikejar sesuatu.

15.”Pelaku mengatakan bahwa apa yang terjadi pada dirinya adalah sudah kehendak Tuhan, sejak ia lahir dari rahim ibunya,dia juga mempunyai niat untuk membunuh isterinya” tulis Kapolda Kalimantan Barat, melalui pesan singkat, Jumat (26.2.2016)

16.ulasan Direktur Rumah Sakit Jiwa Provinsi Kalbar di Kota Singkawangmengenai Petrus Bakus yang diduga mengidap skizofrenia:

“Dia mengatakan, akan susah dipastikan seperti apa gangguan jiwa yang diderita tanpa melihat pelaku secara langsung. Karena itu dia hanya bisa memaparkan hal-hal yang terkait dari penyakit skizofrenia ini. Menurutnya skizofrenia termasuk dalam penyakit gangguan jiwa berat. Gangguan jiwa ini biasanya sudah terjadi cukup lama, minimal di atas enam bulan baru bisa mencapai tingkat skizofrenia. “Artinya paling tidak ada proses yang terjadi selama enam bulan atau lebih hingga penderita bisa melakukan tindakan berbahaya bahkan membunuh,” ujarnya kepada Pontianak Post, Jumat (26.2.2016)”

jika dalam kejadian ini penderita adalah anggota kepolisian, dia memperkirakan gangguan jiwa tersebut mungkin terjadi setelah penderita terdaftar. “Jika dari awal sudah sakit pastinya tidak akan diterima,” ucapnya.Seharusnya selama perjalanan menuju gangguan skizofrenia, lebih dulu dapat didiagnosa. Dia mengatakan sebelum penderita mengalami halusinasi tentu banyak gejala yang mendahului. Tanda dan gejala yang dialami oleh penderita skizofrenia memang hampir sama dengan tanda dan gejala dari penyakit mental lainnya. Semisal sering menyeringai, tertawa sendiri, tidak bisa atau tidak mampu mengikuti petunjuk dan lain-lain.

Dalam kasus ini bisa dikatakan sudah terjadi pembiaran. Dia memprediksi pihak keluarga atau orang terdekat tentu sudah dapat melihat gejala-gejala tadi. Faktor waktu sangat penting, karena sesuai dengan fungsi kedoktoran jika dilakukan diagnosa sejak awal tentu akan lebih baik atau mudah disembuhkan.“Biasanya ada kecenderungan orang-orang di daerah justru lebih percaya orang pintar untuk mengobati gangguan jiwa. Ditambah di sana tidak ada ahlinya (spesialis jiwa) sehingga bisa saja terabaikan,” terangnya”

17.Pengamat Hukum Universitas Tanjungpura (Untan) Pontianak Dr. Hermansyah mengatakan,jika dalam pemeriksaan psikologi tersebut, yang bersangkutan terbukti pelaku mengidap gangguan jiwa maka tidak menutup kemungkinan, yang bersangkutan bisa saja lepas dari jeratan hukum.

“Ada pasal yang sudah diatur dalam kitab undang undang hukum pidana (KUHP), yaitu pasal 44. Barang siapa melakukan perbuatan yang tidak dapat dipertanggungkan kepadanya karena daya akalnya (zijner verstandelijke vermogens) cacat dalam pertumbuhan atau terganggu karena penyakit, tidak dipidana,” jelasnya .


Membuat hubungan $£k$ dengan bapa kandung sendiri



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja yang mendakwa diro-gol oleh lima remaja lelaki ketika bersiar bersama bapanya mengaku dia sebenarnya melakukan hubungan se-ks secara rela dengan bapanya, awal Januari lalu.


Gadis yang identitinya tidak didedahkan mendakwa dia bersama bapanya yang berusia 39 tahun berada di taman berkenaan untuk minum pada jam 9 malam pada 7 Januari apabila didatangai sekumpulan remaja berkenaan.


Dia berkata, kumpulan remaja berkenaan menyuruh bapanya meninggalkan mereka sebelum bertindak mero-golnya.


Ekoran dakwaan itu, Denzel Murray, 14, Shaquell Cooper, Ethan Phillip, masing-masing berusia 15 tahun dan Onandi Brown serta Travis Beckford berusia 17 tahun didakwa.


Dakwaan tersebut kini digugurkan selepas gadis tersebut mengaku mengadakan hubungan se-ks secara rela dengan mereka dan bapanya.


Peguam daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, pengadu serta bapanya membuat kenyataan yang tidak konsisten kepada pasukan penyiasat.


"Pengadu telah menarik balik dakwaan serangan sek-sual dan penggunaan senjata api dan tidak akan meneruskan sebarang dakwaan jenayah terhadap mana-mana defendan," katanya dipetik Metro.uk


Pada mulanya, gadis berkenaan memberitahu penyiasat bahawa apabila bapanya kembali semula ke tempat kejadian dan melemparkan botol pada mereka, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkan dia pergi.


Ketua Polis Robert Boyce berkata pada masa itu, gadis berkenaan memberi laporan yang sangat boleh dipercayai, sambil menambah dia mengalami kecederaan fizikal pada masa itu dan trauma.


Bapanya menahan dua pegawai polis yang berada disitu dan memberitahu dia takut anak perempuanya akan dibunuh dan 'histeria'.


Gadis itu turut mendakwa dia mempunyai gangguan bipolar dan gangguan tekanan serta trauma, tetapi tidak mengambil sebarang ubat.


Selepas suspek didakwa, dua daripada mereka memberitahu penyiasat mereka percaya perhubungan sek-sual adalah diatas persetujuan," kata polis


Mereka mendakwa gadis itu telah mengadakan hubungan se-ks dengan seorang lelaki itu yang ternyata adalah bapanya, di taman sebelum dia beredar dari tempat kejadian, meninggalkan anaknya bersendirian dengan kumpulan remaja berkenaan.


Salah seorang dari remaja berkenaan mendakwa meminta kebenaran bapa gadis berkenaan untuk melakukan hubungan se-ksual.


Sementara itu, Thompson berkata, dia kini berharap gadis itu akan 'mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk masa hadapan


DIDERA!!Budak Perempuan Berusia Dua Tahun Meninggal Dunia



Budak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di bahagian kepala dipercayai didera, di sini, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisoner Sum Chang Keong berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Mengelembu selepas pihaknya menerima panggilan dari sebuah klinik kesihatan.

Katanya, mangsa dibawa oleh neneknya untuk menerima rawatan selepas didapati sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di kepala mangsa.

“Polis akan memanggil saksi untuk dirakam percakapan bagi membolehkan suspek dikenal pasti sekali gus membolehkan tangkapan dibuat dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi. 


SAKIT WOOO!!!Pelik Ular Sawa Masuk Kedalam Kemaluannya...


perghh...sakit woooo...hanya itu yang dpat dikatakan kepada wanita ini apabila seekor ular sawa memasuki kemaluannya..apa yang terjadi selepas itu amat mengejutkan!!



Rabak, walau sehari-hari baginya sudah biasa bergaul dengan ular sawa yang menemani setiap pertunjukannya, penari ular ini tiba tiba terkejut dan histeris saat hewan yang membantunya untuk mencari nafkah tersebut tiba tiba menyusup ke bagian kemaluannya secara tiba-tiba.
rupe2 nye selama ini ular itu memendam rasa..macam-macam hal..hehe


TERBARU!!!Bayi Baru Lahir Ditemui Di Belakang Masjid




Seorang bayi perempuan masih bertali pusat telah ditemui oleh seorang lelaki di belakang Masjid Subang Jaya Pagi ini.

Berdasarkan tulisan Puan Farina Al-Khareid di laman Faceboonya, dia menyatakan bayi perempuan bekenaan berada keadaan kesejukan dan digigit semut ketika dijumpai oleh suaminya.








Menurut beliau lagi, bayi berkenaan sudah diserahkan kepada pihak Polis dan pihak polis sudah menyerahkan bayi berkenaan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya sebentar tadi.


TERKINI!!Seorang Nelayan Cuba ingin menyelamatkan mangsa di pesawat TUDM yang mendarat cemas akhirnya mengundang maut



Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Sumber berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian.

"Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur.

"Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu. "Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.









Pesawat TUDM Membuat Pendaratan Cemas



Sebuah pesawat milik tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan telah membuat pendaratan cemas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa di sini dalam satu kejadian yang berlaku 8.40 pagi tadi.

Menerusi kenyataan di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, difahamkan 8 anak kapal dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nalayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.


TUDM berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti kejadian.


CURANG!!!Isteri Sakit Tenat Suami Sanggup Tinggalkan, Kerana Seorang Janda


PANGGILAN telefon daripada pemanggil yang tidak mahu dinamakan yang diterima bukan sahaja berniat meluahkan rasa, malah dia juga meminta penulis berkongsikan kisahnya supaya dijadikan pengajaran buat pasangan berkahwin di luar sana.


Mendirikan masjid ALLAH bukan kerja mudah. Apatah lagi dia dan suami bukan berasal daripada keluarga berada.


Namun berkat kesabaran, doa dan tawakal, daripada berkongsi hanya satu gelas plastik di bilik sewa di perkampungan setinggan, kini dia dan suami sudah memiliki tiga buah rumah dan tiga orang anak.
Sebagai umat Islam yang dikurniakan nikmat.


Namun, dalam kesibukkan mengejar harta dunia, bahagia yang diharap berkekalan selamanya hanya sekejap cuma.


Dahulu, suami sering pulang dengan senyuman dan pelukan mesra, namun setelah lebih 25 tahun bersama, sikap suami bertukar hambar.


Dahulu, walaupun dengan gaji empat angka, suami riang mengajak dia dan anak-anak bercuti ke sana ke mari, namun sejak anak-anak semakin dewasa, yang ada hanyalah kedinginan dan ‘perang mulut’ antara suami dan anak-anak.


Dahulu segala kelengkapan rumah dipenuhi bersama, kini, meskipun bergaji mencecah lima angka, suami dingin malah mengherdik dia dan anak-anak setiap kali nafkah zahir diminta.


“Puas saya memikirkan punca, mengapa jadi begini? Di mana silapnya? Adakah kerana saya dan anak-anak terlalu membebankan dirinya?” ujar wanita itu memulakan perbualan.


Sikap suami yang dahulunya penyayang dan romantis bertukar dingin.
“Saya bukanlah berkira, namun suami yang bergaji lebih besar harus memikul tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, suami dan bapa kepada anak-anak. Barang keperluan dapur tidak dibeli, ketiga-tiga rumah dan kereta juga ditanggung dengan gaji saya sendiri.


“Tidak termasuk dengan keperluan anak-anak yang masih menuntut di institut pengajian tinggi. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap kali saya dan anak-anak meminta, yang kami dapat hanya caci maki dan kadang-kadang tamparan daripadanya,” katanya.


Hal kebajikan dirinya dan anak-anak diabaikan. Perbelanjaan dapur diserah bulat-bulat kepada si isteri. Anak-anak pula terkontang-kanting terbiar di asrama penuh institut pengajian tinggi masing-masing.


Setiap kali anak mengadu sakit, yang diberi hanyalah leteran panjang yang menyakitkan hati.
“Membazir duit aku je (sahaja),”itu dialog biasa suami setiap kali ada antara anak-anak yang tiba-tiba jatuh sakit.


Setiap kali berlaku perbalahan antara suami dan anak-anak, ​​wanita itu hanya diam. Anak-anak yang menjadi pembelanya sering menjadi mangsa pukulan suami. Pernah sekali dia membuka mulut, mengiakan kata-kata anak-anak, namun dia pula yang jadi mangsa seterusnya.


Suatu hari, dia jatuh sakit. Pada mulanya dia tidak ambil peduli. Daripada hanya sakit pinggang dan belakang, kini sakitnya terasa ke seluruh tubuh. Akibat terlalu sakit, dia tidak mampu melelapkan mata.


Suami tidak peduli. Yang penting hanya gajetnya. Si isteri yang sedang dalam kesakitan dibiarkan di sudut katil. Menahan rasa sejuk dan sakit yang menyelubungi seluruh tubuh.


“Apabila saya mengerang sedikit, dipandangnya saya dengan pandangan penuh meluat dan kebencian. Seolah-olah saya seorang penagih dadah yang meminta nyawanya ketika itu,” luahnya.
Suhu bilik yang terlalu sejuk menyebabkan dia beralih tempat tidur ke ruang tamu, manakala suami hanya dibiar dalam bilik tidur.


“Anak sulung datang menjengah saya yang terbaring di ruang tamu. Jam 1 pagi, anak sulung mengurut seluruh tubuh, cuba memujuk saya untuk tidur.


“Suami tiba-tiba keluar dari bilik. Memandang kami berdua dengan pandangan biasa dan terus berlalu ke dapur untuk menjamah sedikit makanan. Wajah anak yang menahan rasa mengantuk ditatap kosong. Wajah saya yang menahan kesakitan dipandang tanpa rasa.


“Sampainya hati suami. Berpuluh tahun saya setia, ini balasan daripadanya untuk saya. Saya yang mengandungkan anak-anaknya. Saya jugalah yang berdiri di sisinya, memberi kata-kata semangat setiap kali dia jatuh.


“Makan pakainya saya jaga. Tempat tidur dan keperluannya saya penuhi. Dan saya tidak pernah meminta apa-apa selama ini, hatta seurat gelang emas sekalipun. Namun tatkala saya mengharapkan simpati suami, yang diberi hanyalah pandangan penuh benci ,” katanya lagi.


Hampir sejam anak sulung mengurut tubuh, wanita itu mengucapkan terima kasih dan menyuruh anaknya untuk masuk tidur. Manakala dia pula menyambung kegelisahan di ruang tamu.


“Hinggalah pada jam 4 pagi, saya meminta suami membawa saya ke klinik kerana tidak mampu untuk memandu sendirian, namun apa yang keluar daripada mulutnya amat mengejutkan,”


“Kenapa? Dah nak mati ke?”
“Sakit sangat ke sampai tak boleh tunggu pagi esok?”
Suami menyoal bertalu-talu apabila si isteri hanya diam. Tanpa berfikir panjang, wanita itu terus mencapai tudung, beg tangan.


“Saya tinggalkan suami dalam keadaan menyinga dan memandu sendirian ke hospital.
“Hati saya hancur,” ujarnya lagi.


Tiba di hospital, wanita itu melalui proses saringan sendirian tanpa kehadiran suami. Suaminya tidak peduli. Yang ada dalam dunianya kini hanyalah dia seorang. Bukan lagi sang isteri dan anak-anak.


Meskipun bingung dengan perubahan dirinya yang semakin lama semakin ketara, wanita itu mengaku tidak berputus asa.


“Saya tunduk kepada ALLAH sentiasa, minta petunjuk dan peluang untuk memperbaiki hubungan dan rumah tangga kami. Doktor sahkan saya mempunyai penyakit batu karang dan perlu ditahan di hospital.


Saya menundukkan pandangan sewaktu menerima khabar. Serba salah meninggalkan rumah dan anak-anak begitu sahaja.


“Akhirnya saya memohon untuk pulang ke rumah dahulu untuk mengambil barang dan kelengkapan yang diperlukan sewaktu di hospital,” katanya lagi.


Suami hilang entah ke mana. Tiada khabar tiada berita sejak wanita itu meninggalkannya awal pagi tagi. Saya tidak bertanya dan dia juga tidak menghubungi saya untuk bertanyakan keadaan saya.
Janda berhias jadi punca


“Jam menunjukkan ke arah nombor dua ketika kereta saya menjalar masuk ke ruang parkir. Kereta suami masih di bawah teduhan di hadapan rumah ketika saya masuk ke dalam rumah,” katanya.


Suasana hening seketika. Anak sulung tiada di rumah pada ketika itu kerana menghadiri kuliahnya di universiti.
Wanita itu menuju ke bilik tidur. Terdengar suara suami tergelak kecil sebelum menyambung kembali perbualannya dengan seseorang.


“Saya jadi kaku sebentar sebelum senyap-senyap menyusun langkah menghampiri pintu bilik yang sedikit terkuak.


“Saya mengintai gelagat suami yang ceria, bersahaja melayani panggilan telefon. Di hujung corong, terdengar suara manja seorang wanita lain yang ketawa mendengarkan jenaka dari suamiku sendiri,” luahnya lagi.


Hatinya meluap-luap dengan perasaan marah dan cemburu dengan tiba-tiba. Syaitan pantas memainkan peranan, membisikkan bisikan-bisikan hasutan yang boleh membuatkan dirinya hilang pertimbangan.


Namun segera dia beristighfar dalam hati. Cuba menenangkan perasaan yang kian membara.
Sebaik sahaja suami menyusun langkah ke dalam bilik mandi, wanita itu terus meluru ke meja solek dan mengambil telefon bimbit suami.


Cepat-cepat ditekan butang ‘home’ bagi mengelakkan paparan skrin terkunci secara automatik.
Dibukanya ruangan aplikasi media sosial Whatsapp milik sang suami. Perbualan yang paling atas ditekan tanpa berfikir.


Terpampang wajah seorang wanita berambut kerinting dan bermekap tebal. Dibeleknya perbualan Whatsapp antara suami dan wanita yang tertera dengan nama Sue Mona di skrin.
Penuh dengan ayat-ayat cinta berbaur lucah.


Pandangannya gelap serta-merta. Seluruh dunia terasa ligat berpusing. Dia hampir terjelepuk ke lantai, namun sempat berpaut pada meja solek di sisi.


Suaminya yang keluar daripada bilik air, meluru ke arahnya. Suami cuba merampas telefon bimbit di tangannya.


“Sewaktu bergelut, dia tolak saya sampai terjatuh saya ke meja solek. Sanggup dia membelakangi saya, isterinya yang selama ini sentiasa bersusah payah deminya untuk seorang wanita,” luahnya.
Dia hilang pertimbangan. Tembok kesabarannya selama ini bertahan kukuh, runtuh rebah ke tanah.


Suaminya yang selama ini disanjung, ditengking dimarahi tanpa sedar.


Setelah didesak berkali-kali, akhirnya suami meluahkan rahsia.


“Mereka sudah bertemu dan bersama sejak tujuh tahun lepas. Sue janda berhias dan mempunyai enam anak. Hubungan yang mereka ada hanyalah ‘for fun and pleasure’ (untuk keseronokan).


“Dan kerana janda berhiaslah, suami hilang minat terhadap saya dan anak-anak,” katanya.
Setelah di selidik, sudah banyak wang suami dihabiskan untuk si janda selama ini. Daripada rumah, kereta dan barang perhiasan, hinggalah keperluan anak-anak wanita itu ditanggung oleh suaminya.


“Selama ini, saya dianiaya suami sendiri. Anak-anak pula menjeruk rasa. Saya biarkan kali ini dia membuat pilihannya. Jika Sue kemahuannya, Sue lah yang saya berikan kepadanya.


“Saya dan anak-anak rela undur diri demi kebahagiaan suami, ayah mereka,” ucapnya.


TERKINI!!Ustaz Kazim Dedah Dirinya Pernah Kena Sihir..



Penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias mendedahkan dirinya pernah disihir dan disantau beberapa kali.

Peristiwa beliau telah disantau itu kini viral di aplikasi Whatsapps.

Dalam mesej tersebut, Ustaz Kazim menceritakan peristiwa beliau yang telah disantau.

Semuanya bermula pada tahun 1996 apabila beliau menjadi imam qiamullai dan selepas solat subuh, beliau mengalami sakit dada dan badan tiba-tiba sahaja menjadi lemah.

Beliau yang kemudiannya pergi mendapatkan rawatan di Kedah dan Batu Kurau.

“Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat dan di Batu Kurau dapatlah jawapan… saya disantau, kuku semua hitam, badan susut mendadak… beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya tuhan sahaja yang tahu,” katanya.

Beliau berjaya di ubati namun terpaksa berpantang makan iaitu beliau tidak boleh makan makanan yang tajam dan berbisa seperti tebu, rebung dan kambing.

Serangan terhadap beliau menggunakan santau ini terjadi beberapa kali sehingga menganggu aktiviti dakwahnya sehinggakan beliau terpaksa berpindah dari rumah sewanya ke rumah sendiri di Batu Gajah.

Namun sesuatu yang mengejutkan apabila sepasang suami isteri telah datang berjumpa dengannya dan memberitahu bahawa merekalah yang telah menganiaya beliau gara-gara mereka terasa apabila Ustaz Kazim menegur dalam kuliah tentang orang yang berjemaah di masjid.

Ekoran daripada pengakuan tersebut, beliau telah memaafkan pasangan tersebut dan beberapa orang lain yang telah menganiaya beliau.

“Tak apa, Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dalam hati,” katanya lagi.

Namun dakwa beliau, pada 2001 merupakan dugaan yang paling berat yang pernah dilalui olehnya sehinggakan beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar ilmu perbuatan Islam.


SUNGGUH KEJAM!!!Seorang Bayi Yang Baru Dilahirkan Didera,Ditikam Dan Ditanam Hidup-Hidup


WILAYAH KHON KAEN, THAILAND - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tanah oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, Selasa lalu.


Menurut individu yang menemui bayi itu, lebih kurang pada jam 5 petang, dia terdengar bunyi pergerakan berhampiran dan menyangka ia mungkin bunyi dari ular ataupun cicak. Setelah diperiksa, alangkah terkejutnya dia menemui sekujur tubuh kecil yang masih bertali pusat ini ditanam dalam tanah di bawah sebuah pokok.


Difahamkan, bayi malang ini cuba ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri. Namun hanya ditanam pada kedalaman 20 sentimeter, menjadikan bayi ini masih ada ruang untuk bernafas seketika sebelum diselamatkan oleh penduduk.







Terdapat beberapa kesan tikaman kecil di badannya yang dipercayai ditikam dengan objek tajam. Bagaimanapun, si kecil ini selamat kerana luka itu tidak begitu dalam.


Orang awam segera membawa bayi berkenaan ke Hospital Waeng Yai untuk mendapat rawatan segera.


Doktor hospital memaklumkan berkemungkin mangsa didera sebelum ditanam hidup-hidup, kerana terdapat kesan-kesan yang menunjukkan mangsa didera. Bagaimanapun keadaan bayi itu kini stabil.


Siasatan pihak polis juga berjaya menemui kesan tayar motosikal, kesan darah dan secebis pakaian yang dipercayai milik suspek.


Polis kini sedang giat mendapatkan maklumat dari orang awam bagi mengesan suspek untuk didakwa di mahkamah. - PIXEL MEDIA








PUNCA SEBENAR!!!Kanak kanak 3 Tahun Di Penjara Seumur Hidup...



Kaherah – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014 kerana kesilapan pihak pendakwa.


Menurut peguam budak itu, nama kanak-kanak berkenaan, Ahmed Mansour Qurani Ali dimasukkan dalam senarai 115 perusuh oleh penyokong Persaudaraan Islam akibat kesilapan pihak pendakwa yang menyertakan sijil kelahirannya kepada hakim.
Kesilapan itu disahkan tentera dan tuduhan berkenaan sebenarnya untuk seseorang namanya hampir sama dengan Ali iaitu Ahmed Mansour Qurani Sharara.


KONTROVERSI!!!Model Tempatan Bercium Dengan Wanita Diluar Negara..



Seorang pelakon dan model tempatan mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat seni hiburan tempatan apabila sekeping gambar yang menyerupai dirinya sedang bercium dengan seorang wanita dimuat naik di akaun Instagramnya.


Pelakon dan model, Ahya Ulumuddin Rosli yang pernah berlakon di dalam filem Tanda Putera itu merupakan anak kepada pelakon veteran yang tersohor, Normah Damanhuri dan pernah.


Memetik laporan Media Hiburan Online, gambar itu diambil di tepi pantai berbukit dipercayai di luar negara dengan kedua-duanya berpakaian mandi.


Ia menyatakan gambar itu dikirim oleh seorang pembaca yang dipercayai mengambilnya menerusi akaun Instagram pelakon dan model itu.


“Gambar ini mungkin hanya sekadar lakonan semata-mata ataupun hanya untuk kegunaan komersial tidak dinyatakan di status gambar tersebut. Mungkin juga sekadar suka-suka.


“Pun begitu, hanya Ahya yang mengetahui tujuan dia memuat naik gambar tersebut.,” lapor Media Hiburan Online.


NGERI!!!!5 maut manakala 4 parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan 4 roda dan lori tangki



Sandakan: Lima maut manakala empat parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki di Simpang Beluran, dekat sini, awal pagi ini.

Dua daripada mereka terbunuh adalah kanak-kanak dan tiga dewasa manakala yang parah pula masing-masing dua lelaki dan wanita. Pemandu lori tangki hanya cedera.

Kelima-lima mangsa yang maut adalah daripada kenderaan pacuan empat roda dan semua mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi dalam kejadian 4.50 pagi.


Mayat kelima-lima mangsa di hantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, manakala empat mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Beluran untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Rosemidian Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.55 pagi.

Katanya, satu jentera dengan kekuatan lima anggota bomba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semua mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat 7.21 pagi.




























RINTIHAN IBU!!!Anak sudah 20 hari tidak pulang ibu merayu walaupun difitnah tetap bersabar..



DUNGUN : Keluarga pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Wan Syazlin Wan Zainuddin, 19, yang gagal dikesan sejak 5 Februari lalu, merayu semua pihak menghentikan sebarang fitnah atau andaian tidak baik mengenai kehilangan pelajar itu.

Selepas berita kehilangan remaja itu tersebar, pelbagai tohmahan serta cerita kurang enak timbul dan menjadi viral di laman sosial termasuk mendakwa gadis berasal dari Kampung Telaga Mas, Paka, dekat sini, itu sudah ditemui, tidak hilang serta lari mengikut lelaki lain.

Ibunya, Noraini Abu Bakar, 50, mengakui, kata-kata fitnah dan andaian negatif sebegitu amat menggores perasaannya sebagai seorang ibu.

Menurutnya, anak keempat dari tujuh beradik itu gagal dikesan sehingga kini dan keluarganya melakukan pelbagai ikhtiar.

“Saya tahu ramai yang cakap tak elok mengenai kehilangan anak saya. Ahli keluarga memaklumkan kepada saya perkara itu, tapi saya tak mahu baca viral negatif itu kerana terlalu sedih.





“Apa perasaan mereka jika mereka berada di tempat saya? Sepatutnya mereka bersama-sama mendoakan yang terbaik tetapi sebaliknya membuat fitnah. Kami risaukan Alin (Wan Syazlin) dan harap sangat berharap dia selamat,” katanya.

Noraini memberitahu, anaknya itu tidak pernah berperangai tidak elok sebelum ini, malah kawan-kawannya memberitahu, Wan Syazlin tidak sabar untuk pulang ke rumah sebelum didapati hilang.

Dia memaklumkan perkara itu kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa menerima kunjungan Pengerusi Penyelaras Dun Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman di rumahnya, semalam.

Sementara itu, bapanya, Wan Zainuddin Wan Isa, 56, berkata, selain bantuan polis, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk solat hajat dan menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional.

“Kami sudah jumpa lebih 10 pengamal perubatan tradisional di merata tempat dan kebanyakannya memberitahu anak kami kini dipukau serta berada di bawah kawalan lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

“Kami tak putus-putus berusaha serta berdoa dan harapan kami, jika benar Alin diperangkap, tolonglah lepaskan dia dalam keadaan selamat,” katanya.

Tambah Wan Zainuddin, segala urusannya sekeluarga terganggu kerana memikirkan Wan Syazlin dan mereka merayu, sekiranya ada lelaki berkenan atau ingin memperisterikan anaknya itu agar menzahirkan hajat mereka dengan cara baik.

“Semua perkara boleh dibincangkan…yang penting sekarang, Alin pulang dalam keadaan baik dan selamat. Sudah lebih seminggu Alin hilang dan keadaan ini amat merisaukan kami sekeluarga,” katanya


Popular Posts