Filled Under:

YA ALLAH!!Ustaz Kazim Belum Pulih Sepenuhnya,Doakan Agar Diberi Kekuat Dan Tabah Melawan Penyakitnya..



Melalui laman Facebooknya, penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim menulis di laman facebook rasminya memberitahu mengenai keadaan terkininya.


Katanya: "Dah banyak hari saya tidak update status. Semalam sekitar jam 1 ptg saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat, dada pedih dan berdebar dgn kuat.


"Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap. Masa kena serangan jantung hari tu saya rasa inilah saat akhir saya di dunia. Saya dah pasrah dan redha kalau Allah jemput saya.


"Syukur Allah mudahkan saya dengan sikit ujian. Tiga saluran arteri sy tersumbat 99%, 90% dan ketiga 50%. Ada dua lagi saluran arteri yg belum diletakkan stent.


Angiogram akan dibuat selepas jantung sy stabil," tulisnya.


Ustaz Kazim juga turut meminta maaf dan meninggalkan pesanan.


"Saya mengambil kesempatan di sini memohon maaf zahir dan batin dunia akhirat jika saya ada tersalah silap dgn saudara-saudara sahabat-sahabat sekalian.


"Buat keluarga saya minta maaf, buat anak-anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham kerja dakwah ayah.


"Sekarang saya kembali dirawat di sebuah hospital di Ipoh. Keadaan saya tidak berapa baik. Buat staf dan pelajar Al Barakah teruskan usaha selama ini, jangan mengalah jangan lemah semangat dan kalau jad apa-apa pada saya jangan ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa saya. Doakan saya ya.


"Terima kasih semua doktor, jururawat dan yang membantu dan menziarah saya. Kalau saya panjang umur kita jumpa lagi. Saya rindu dengan anda semua. Saya insan dhoif maafkan saya," tulisnya lagi.


Kami mendoakan agar Ustaz Kazim yang disayangi ramai ini segera sembuh dan meneruskan dakwahnya.




Popular Posts