Filled Under:

Sultan Johor bertemu penduduk menggunakan motor kapcai.



KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membuat kunjungan spontan dengan hanya menggunakan motor kapcai.

Kunjungan spontan yang berlaku pada 6 febuari lalu menyaksikan baginda membuat kunjungan di kampung Lepau di Kota Tinggi dengan hanya menggunakan motosikal tanpa membuat sebarang pengumuman awal.

Beberapa buah rumah penduduk kampung serta kedai runcit turut menjadi tempat persinggahan baginda.

Tindakan Sultan Ibrahim tidak mengundang sebarang gangguan terhadap penduduk kampung brikutan baginda seringkali melakukan aktiviti sedemikian.

“Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi.

“Ia juga memberikan saya pandangan secara sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu mengenai banyak perkara dengan cari ini,” titah Tuanku Sultan dalam akaun Facebook milik baginda.




Popular Posts