Filled Under:

MESTERI MISTIK!Pemandu Sering Diganggu



Seorang pesara tentera yang sentiasa menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, sering menemui kelibat mistik.

Abd Samat Lebai Husin,64 berkata, semasa memandu ke kampung halamannya yang mengambil masa hampir empat jam itulah dia terlihat berbagai kelibat menyerupai lembaga perempuan melintas.

“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya memetik laporan Sinar.

Menurutnya,jika sampai di kawasan Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, dia akan berwaspada dan bertindak memperlahankan kenderaan.

“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan.

Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,”katanya.

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba.

Tambahnya lagi, sebelum ini, jika lalu dikawasan tersebut, suasananya bertukar sunyi dan bulu roma dan tengkuknya mula meremang.

“Saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang.

“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,”katanya.

Menurutnya masyarakat setempat memberitahu, kemunculan itu muncul disebabkan roh seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.

Sementara itu, menurut seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.

“Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob. Suasana pula saya rasa amat sunyi sekali. Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,”katanya.

Tiba-tiba sahaja motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali.

“Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak.

“Sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang. Namun, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang. Motosikal juga hampir terbabas, kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.

Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.

Katanya, menurut cerita masyarakat setempat, makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.

“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,”katanya.




Popular Posts