Filled Under:

PERGHHH!Dirogol.. sejam selepas bersalin..



Seorang ibu telah dirogol oleh seorang lelaki ketika terbaring di atas katil hospital sejam selepas melahirkan anak di Haryana, India mengejutkan orang ramai.

Kejadian berlaku di Hospital Brahm Shakti Sanjivani di Bahadurgarh, menurut the Daily Star.

Ketika kejadian mangsa yang berusia 23 tahun ditempatkan di wad pemerhatian sepanjang malam selepas melahirkan bayi.



Kehadiran suspek perogol telah dikesan menerusi kamera Litar Tertutup (CCTV) di hospital itu di waktu awal pagi sebelum melakukan perbuatan itu ketika pesakit lain masih tidur.

Suspek bagaimanapun telah meloloskan diri selepas menyedari terdapat CCTV di hospital tersebut.

CCTV menunjukkan ketika kejadian suspek sedang memasuki wad Unit Rawatan Rapi yang menempatkan mangsa yang baru selesai bersalin tanpa dihalang atau disoal mana-mana kakitangan yang bertugas.



Polis kini sedang memburu suspek berdasarkan petunjuk CCTV dan keluarga mangsa yang marah dan terkejut dengan kejadian kini menuduh pihak pengurusan dan kakitangan hospital cuai




Popular Posts