Filled Under:

MISTERI!Kehilangan pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Parlimen Masih Belum Dijumpai



SHAH ALAM – Kehilangan pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Parlimen, Dr B Sugumaran sejak sebulan lalu menjadi tanda tanya polis menemui barangan peribadi milik mangsa di sebuah hotel sekitar Batu Caves, semalam.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, pemeriksaan yang dilakukan di hotel berkenaan membawa kepada penemuan beg pakaian mangsa serta beberapa dokumen penting yang ditinggalkan di dalam bilik yang di diaminya sejak 31 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata tumpuan penyiasatan pada masa ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada keluarga dan kenalan rapat doktor berkenaan yang juga turut bertugas sebagai pegawai perubatan di Bangunan Parlimen.

“Setakat ini polis sudah merakam percakapan sepupu mangsa bagi membolehkan kita mendapatkan beberapa petunjuk penting yang mungkin dapat membantu dalam menyelesaikan kes kehilangan ini,” katanya.

Sementara itu, telefon bimbit milik mangsa juga dipercayai tidak aktif atau dimatikan sejak 4 Januari lalu selepas pegawai perubatan itu gagal dihubungi oleh sepupunya, D Nithiananthan.

Nithiananthan pada 26 Disember tahun lalu pernah menghubungi Sugumaran bagi mengatur pertemuan di HKL untuk bertanyakan mengenai bekalan ubat bagi penyakit diabetis yang dihidapinya.

“Dalam perbualan itu, saya bertanyakan bilakah dia akan ada di hospital kerana dia kerap berada di Parlimen, namun dia meminta saya menghubungi semula selepas Tahun Baru Cina 2016.

“Namun setelah saya menghubunginya pada 4 Januari lalu, telefon bimbitnya tidak aktif sebelum saya mengesannya hingga hari ini,” katanya.

Di samping itu, pengurusan HKL juga memaklumkan bahawa pihaknya memulakan usaha bagi mengesan pegawai perubatan kanan itu selepas dia didapati tidak hadir bekerja selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai berkata, HKL sudah mengambil semua tindakan untuk mengesan Dr Sugumaran yang tidak hadir bertugas selama hampir dua bulan.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan telah cuba mengesan mangsa melalui telefon bimbit namun gagal.

Sementara itu, tinjauan BH di hotel yang didiami mangsa mendapati Sugumaran pernah tinggal di bilik hotel berkenaan sejak hujung tahun lalu.

Menurut petugas hotel berkenaan, kali terakhir mangsa ditemui adalah pada jam 2 petang, 10 Januari lalu sebelum hilang secara tiba-tiba beberapa jam kemudian.




Popular Posts