Filled Under:

KISAH 'MISS NORA'! menawarkan $€$K di beberapa negeri



Wanita berstatus isteri itu yang berasal dari Pulau Pinang, ditahan menerusi serbuan anggota penguat kuasa JAIM, hasil aduan orang awam, kira-kira jam 10.55 malam di bilik sebuah hotel.

MELAKA, 17 Februari:

Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa negeri di seluruh negara, ditahan di Melaka Raya, Sabtu lepas.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, wanita itu yang menggunakan nama samaran ‘Miss Nora’, menawarkan aktiviti tidak bermoral menerusi media sosial, dengan meminta pelanggan membuat bayaran deposit, sebelum ‘menempah’ perkhidmatan itu.

Beliau berkata, wanita berstatus isteri itu yang berasal dari Pulau Pinang, ditahan menerusi serbuan anggota penguat kuasa JAIM, hasil aduan orang awam, kira-kira jam 10.55 malam di bilik sebuah hotel.

“Hasil pemeriksaan di bilik tersebut, kami menemui sebotol pelincir, 14 kondom, termasuk satu telah digunakan, wang tunai lebih RM6,000 dipercayai hasil aktiviti pelacuran yang dilakukannya, dua telefon bimbit serta sebuah laptop,” katanya kepada pemberita hari ini.


Rahimin berkata, sebuah buku log mencatatkan jadual perkhidmatan seks di setiap negeri yang ditawarkan wanita itu turut ditemui di bilik hotel tersebut.

Beliau percaya, wanita itu bergerak ke setiap negeri secara bersendirian dengan menaiki bas.

Katanya, wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991, kerana melacurkan diri dan boleh didenda RM2,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.







Popular Posts