Filled Under:
RINTIHAN IBU!!!Anak sudah 20 hari tidak pulang ibu merayu walaupun difitnah tetap bersabar..
Posted By:
Unknown
on 4:24 PG
DUNGUN : Keluarga pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Wan Syazlin Wan Zainuddin, 19, yang gagal dikesan sejak 5 Februari lalu, merayu semua pihak menghentikan sebarang fitnah atau andaian tidak baik mengenai kehilangan pelajar itu.
Selepas berita kehilangan remaja itu tersebar, pelbagai tohmahan serta cerita kurang enak timbul dan menjadi viral di laman sosial termasuk mendakwa gadis berasal dari Kampung Telaga Mas, Paka, dekat sini, itu sudah ditemui, tidak hilang serta lari mengikut lelaki lain.
Ibunya, Noraini Abu Bakar, 50, mengakui, kata-kata fitnah dan andaian negatif sebegitu amat menggores perasaannya sebagai seorang ibu.
Menurutnya, anak keempat dari tujuh beradik itu gagal dikesan sehingga kini dan keluarganya melakukan pelbagai ikhtiar.
“Saya tahu ramai yang cakap tak elok mengenai kehilangan anak saya. Ahli keluarga memaklumkan kepada saya perkara itu, tapi saya tak mahu baca viral negatif itu kerana terlalu sedih.
“Apa perasaan mereka jika mereka berada di tempat saya? Sepatutnya mereka bersama-sama mendoakan yang terbaik tetapi sebaliknya membuat fitnah. Kami risaukan Alin (Wan Syazlin) dan harap sangat berharap dia selamat,” katanya.
Noraini memberitahu, anaknya itu tidak pernah berperangai tidak elok sebelum ini, malah kawan-kawannya memberitahu, Wan Syazlin tidak sabar untuk pulang ke rumah sebelum didapati hilang.
Dia memaklumkan perkara itu kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa menerima kunjungan Pengerusi Penyelaras Dun Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman di rumahnya, semalam.
Sementara itu, bapanya, Wan Zainuddin Wan Isa, 56, berkata, selain bantuan polis, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk solat hajat dan menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional.
“Kami sudah jumpa lebih 10 pengamal perubatan tradisional di merata tempat dan kebanyakannya memberitahu anak kami kini dipukau serta berada di bawah kawalan lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.
“Kami tak putus-putus berusaha serta berdoa dan harapan kami, jika benar Alin diperangkap, tolonglah lepaskan dia dalam keadaan selamat,” katanya.
Tambah Wan Zainuddin, segala urusannya sekeluarga terganggu kerana memikirkan Wan Syazlin dan mereka merayu, sekiranya ada lelaki berkenan atau ingin memperisterikan anaknya itu agar menzahirkan hajat mereka dengan cara baik.
“Semua perkara boleh dibincangkan…yang penting sekarang, Alin pulang dalam keadaan baik dan selamat. Sudah lebih seminggu Alin hilang dan keadaan ini amat merisaukan kami sekeluarga,” katanya
Popular Posts
-
Aku Rela Dirogol Asalkan Tak Hamil | Ketika itu, saya terpaksa merelakan diri saya dirogol dikarenakan lelaki itu dan juga kawannya dua o...
-
Kisah Benar Pengakuan Isteri Berzina Dengan Lelaki Negro Ketika Kursus Pada awal tahun ini. saya telah dihantar oleh syarikat tempat s...
-
ISTERI RELAKAN SUAMI TIDURI WANITA LAIN ANGKARA SIHIR PENUNDUK SUAMI.!! SETIAP kali memandang wajah suaminya, hati Fida, 41, pasti terusi...
-
Kepala Wanita Kamboja Dipenggal Dan Dibakar|Seorang mayat gadis kamboja ditemui tanpa kepala di dalam sebuah hotel dipercayai di penggal ...
-
Inilah Senarai Artis Malaysia Yang Kantoi Bogel! Masihkah korang ingat siapakah antara artis-artis di Malaysia ini yang pernah kantoi b...
-
KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia ...
-
Kejadian ini berlaku di Rahang Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tid...
-
Pelajar Perempuan Bangga Kongsi Gambar Air Mani Di Twitter. Tak tahulah macam mana nak cakap dengan budak-budak sekarang. Semakin advanc...
-
Lagi Awek Melayu Kena Sedut Dalam Kereta .. Pasangan melayu pada hari ini kian menjadi-jadi. Selepas satu, satu aksi-aksi mereka ya...
-
"Tahan ye sayang, sikit je lagi..." - Kisah Malam Pertama Pasangan Pengantin Baru | Sepasang pengantin tengah bersiap untuk ha...