SANGAT BIADAP apa yang telah dilakukan oleh majikannya dipukul sehingga hilang suara mengadu kesakitan. Mungkin majikannya terlalu marah dengan pekerja tersebut sehingga bertindak sedemikian.
Mangsa dikatakan seorang warga Indonesia yang bekerja di sebuah kedai judi dan dipukul majikannya apabila wang yang dikira selepas tempoh kerjanya berakhir didapati kurang.
Kebanyakan komen mengecam perbuatan kejam lelaki yang bertindak memukul mangsa seteruk itu dan meminta PDRM mengambil tindakan mengenalpasti suspek dan mengheretnya ke muka pengadilan namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian benar-benar berlaku di Malaysia.
Tidak kira alasannya dan tak kira dimana ianya berlaku, manusia yang memukul itu sememangnya tak punya peri kemanusiaan memandangkan mangsa yang menjadi bahan sasarannya tidak berdaya langsung untuk melawan.
Pada masa sama, perbuatan memukul pesalah oleh orang awam hingga kadang-kadang kehilangan nyawa adalah sesuatu yang tidak patut kerana saluran undang-undang diwujudkan untuk mengelak manusia sesuka hati menghukum orang lain ikut pertimbangan sendiri.