Filled Under:

MELAMPAU!Bayi berusia 10 bulan ditampar oleh pengasuh...



Seorang bayi berusia 10 bulan telah ditampar oleh pengasuhnya ketika ibu bapa bayi tersebut pergi bekerja.

Bayi yang diberi nama Nawra didakwa telah ditampar oleh pengasuhnya beberapa kali dibahagian muka sehingga mengakibatkan lebam.

Ibu kepada bayi tersebut telah memuat naik status rasa sedih dan bersalah kerana meninggalkan bayi tersebut kepada pengasuh terbabit.

“Bersabarlah duhai hati, kuatlah duhai anak. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa terpaksa meninggalkan Nawra dengan orang lain kerana pergi mencari rezeki. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa yang tidak pandai menilai orang. Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra. Segalanya nampak sempurna untukmu sayang.” katanya.

Ekoran daripada kejadian tersebut, ibunya mendakwa bahawa bayinya kini agak sukar untuk mendekati orang sekeliling.

“Patutlah selama ini Nawra sangat takut dengan orang sekeliling. Langsung tak boleh berpindah tangan dari ummi dan papa, tak boleh sesiapa ambil dan dukung Nawra daripada kami. ” ujarnya.

Namun, ibu bapa kepada bayi tersebut telah memaafkan tindakan pengasuhnya itu.

“Kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kami sayang. Ummi tidak mahu dia hilang ibunya kerana ini. Ummi tidak mahu dia melalui hari-hari sepertimu, takut tanpa ibunya di sisi. ”

Susulan daripada kejadian menampar bayi ini, ia telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka simpati terhadap bayi tersebut seperti yang dilakukan oleh Ruslinda Mohd Rose.

“Kenapalah kejam pada bayi sekecil itu kalau nak tamparlah org sebaya awak kalau berani” katanya dalam komen yang dimuat naik.

Cik Puan Idah Allahuakbar pula berharap agar pengasuh tersebut mendapat balasan yang setimpal.

x tau nk ckp ape.. xde perasaan belas ke dlm diri pengasuh ni.. xde rase kasih syg ke…. moga Allah mbalas dgn balasan yg setimpal.. aaminn




Popular Posts