Tak ada angin tak ada ribut tetiba terbaca satu artikel berita kat harian metro katanya pelakon yang terkenal dengan watak airmata, Wan Maimunah dah bercerai dengan suami beliau. Mereka bernikah pada 13 Disember 2013 & berpisah April tahun lepas. Rumahtangga mereka cuma bertahan lebih kurang 16 bulan. Kira2 setahun lebih je la. Kesian jugak la dengar cerita orang cerai ni.. Kadang2 penceraian bukan kehendak sesiapa tapi mungkin tiada pilihan lain terpaksa jugak akur dengan ketentuan takdir.
Berbalik kepada kisah mak Wan ni... dia tidak serik untuk berkahwin lagi selepas penceraiannya bersama usahawan kacang phool, Makpol Saimon... Aku agak terkilan jugak dengan perpisahan mereka sebab yela... Wan Maimunah ni anak2 pun takde... Jadi dia sunyi... aku faham naluri ingin berteman tu macam mana....
Dia mendambakan seorang lelaki yang akan menemaninya terutama ketika sakit dan insan itu boleh membimbing serta menjadi imamnya......Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mak Wan kesayangan aku ni.... Amin !
Tapi respect la dengan Mak Wan Maimumah ni. Walaupun perkahwinan kali ni gagal macam perkahwinan dia sebelum ni dia tak pernah rasa serik malah tak menolak kalau ada jodoh di usia emas ni. Yelah.. dalam usia macam tu mungkin dia perlukan teman. Almaklum la.. anak2 dah besar. Masing2 ada kehidupan sendiri.. Lagipun sebelum berkahwin semula disember 2013 rasanya dah lama dia hidup menjanda.
Apapun semoga mak wan tabah.. Yang terbaik kadang2 memang nak datang lambat sikit. Kita akan bertemu dengan orang yang salah beberapa kali untuk menjadikan kita orang yang lebih baik, kuat & tabah. Mungkin yang kita cari tak ada kat dunia tapi menunggu kita kat syurga siapa tahu. Insya Allah..
Apapun kita doakan yang terbaik buat Mak Wan. Moga hidup dia di kelilingi orang2 sentiasa mengambil berat & menyanyangi beliau.