Filled Under:

Pasrah versi Baru bakal tiba...


Pelakon Norman Hakim bakal digandingkan semula dengan aktres popular, Erra Fazira di layar perak tidak lama lagi.


Ini kerana penerbit filem, Datuk Yusof Haslam mahu mempertemukan mereka dalam pembikinan filem versi terbaharu, Pasrah.

Selain Norman dan Erra, filem yang pernah ditayangkan pada tahun 2000 itu turut dibintangi Wilma Muhammad dan Abby Abadi.
Filem ini pernah menerima kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.74 Juta.
Norman mendedahkan perkara itu selepas memuat naik gambar di laman Instagramnya sedang mengadakan pertemuan dengan Yusof.
Selain pasangan hero dan heroin itu, ada beberapa pelakon baharu lain akan terbabit.
Norman dan Erra pernah digosip bercinta gara-gara berlakon dalam Pasrah itu
Sementara itu, suami Memey Suhaiza itu kini sibuk dengan filem Kabali yang penggambarannya diteruskan di Malaysia.
Dia juga mengusahakan gimnasium, Mr Sado Gym & Fittnes yang dibuka di Petaling Jaya.




Popular Posts